Tuesday, January 18, 2011

TERIMA KASIH OH NUFFNANG - its ok jadi newbie

Pagi-pagi buta abang aku call, "weh pi hantaq mak pi kerja sat, tayar kereta mak pancit!" ( apahal la call macam la rumah ni besaq istana, aku dok kat atas je pon huh)

Adoi dengan muka mamun-mamun aku pon bangun la pi gosok gigi mandi dengan ayaq sejuk tertusuk tulang aku. Drive pon ala-ala mamun, jalan pon dok berkabus lagi. Lepas tu singgah beli nasi lemak, aku pon blur akak tu suruh amik lauk sendiri. Aku siap tanya, "ni nasi lemak ke akak? " hehe

Tak dak apa untuk di updatekan lagi untuk hari ni buat penganggur tegar ( aceh baru sebulan kot tunggu posting ). Tapi pagi ni aku quite tersengih bila tengok Nuffnang yang hensem bagi aku buffered earning yang aku sangat suka. Yang lain pon aku suka, tapi yang ni aku lagi suka sebab aku suka hohooo.

Thanks nuffnang, sebab bagi buffered untuk blog yang traffic tak sekencang mana. Tapi, saya jujur letak iklan awak ahaks. Sorry nuffnang buat awak pening kepala nak jawab soalan-soalan saya. Pagi ni aku tanya lagi, jangan marah hahahaa


Its all happened in 1 month. macam-macam la aku tanya nuffnang, kenapa earning saya asyik 25 sen? kenapa earning saya tak berubah pon? semua nuff jawab, dah aku tak tau nak tanya sapa aku tanya ja nuffnang. Tapi aku tanya in a proper sentence la. Sikit ka banyak nuffnang kasi aku terima ja, daripada tak dapat lansung. 

Kesian upa hari-hari kena paksa dengaq aku cerita pasal blog, dia kata "its ok honey", so aku sambung cerita lagi potpetpotpet. 

Aku kecoh kat upa aku dapat duit sekian,sekian. Upa aku cakap tak pa honey tak payah susah-susah nanti upa bank in wahahaaaaa. 

Bior la nak susah-susah, seronok tulis blog ni kalau ikhlas, jangan kejar traffic semata-mata. Aku tak suka orang tipu blogwalking, kalau aku nak blogwalking pon aku akan pastikan aku baca entri yang tuan rumah buat. Kalau kena dengan jiwa aku terus komen, tak daknya aku nak kedekut komen.

Pada pandangan aku yang baru setahun jagung ni, kalau kita minat nak tulis blog kita akan pentingkan kepuasan diri dulu. Lepas tu baru pikir pasal traffic. Traffic blog aku ni, setakat boleh la. Follower pon ciput ja, buat malu ja kat blog orang lain. Tapi tak pa, aku ikhlas bila aku follow aku tak mengharap orang tu follow aku, sebab aku tau aku hanya kerdil dalam berblog-blog ni ( kalau tengok kat kuar siza L la ngee ) 

Thanks to you nuffnang for willing to give me the opportunity to earn some extra bucks. I never though I would be given this opportunity as I am not a famous blogger ( so kecik in blog spears). Thanks!

Regards,

6 comments:

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...