Tuesday, January 25, 2011

SEMUA IPG DAH LULUS MQA!

"Finally, MQA has accredited all PISMP courses. Letter fr MQA is expected to be received by tomorrow, thereafter BPSH will do the needful & inform various State Eductn Dept. A total of 1,950 PISMP graduates will start work as scheduled."
"Tuan/Puan,Lanjutan emel tuan/puan bertarikh 19/1/2011, 21/1/2011 dan 25/1/2011 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.Untuk makluman tuan/puan, pihak MQA baru sahaja selesai proses penilaian Akreditasi bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Sains, Pendidikan Islam, Pengajian Sosial dan Pendidikan Jasmani) dan telah dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi pada 24 Januari 2011 dengan keputusan LULUS. Sehubungan ini, pihak MQA telah selesai membuat penilaian Akreditasi bagi semua program-program di Institut Pendidikan Guru (IPG di Malaysia).Untuk makluman tuan/puan juga, pihak IPG akan dimaklumkan perkara ini dan perlu membuat pembayaran bagi penilaian yang telah dibuat untuk pengeluaran sijil akreditasi. Sekian, terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menurut perintah,NOOR FARAHSTIN HASSAN Unit Hal Ehwal Awam dan AntarabangsaAgensi Kelayakan Malaysia(Malaysian Qualifications Agency)"
nur marini(pismp 2007@ipg)

wahai maktab maktab seluruh Malaysia, kita dah lulus MQA! Aku copy paste dari group budak maktab aku. posting bila lain cerita. janji dah lulus MQA. Tapi percayalah hari itu hampir tiba. gurlp tetiba aku nebes!

Yeah semua maktab dah lulus MQA tahniah.tahniah atas usaha keras masing-masing. Bukan senang first Batch IPG nak dapat akreditasi oi. Ye la daripada maktab nak lahirkan guru berijazah. So first batch ni memang berusaha keras chow chow punya. Kena buat extra works demi kebaikan seluruh warga IPG. 

Bayangkan nak lulus MQA kena buat file dari zaman semester 1 dulu. Mana nak cari benda yang 4 tahun lepas? mungkin anda akan kata sapa suruh tak simpan?

tapi hakikatnya bagi kami yang belajar selama 5 1/2 tahun tersangat la banyak file. Lepas tu disebabkan kes pindah randah dari asrama ke rumah sewa maka kemungkinan untuk file-file tuh terhilangkan diri adalah sangat tinggi. Jadi terpaksa la masing-masing kerja sama kumpul bahan semata-mata nak sediakan file untuk MQA.

Seriously, hal berkaitan MQA ni hanya diketahui pada semester 6. Biasa la, PISMP baru diperkenalkan, so banyak gila benda yang tak pasti dalam kos ni. memang banyak sangat menguji kesabaran pelajar dan juga penyarah.

Bila dah dapat MQA aku bersyukur gila. Hasil penat lelah berjaya jugak kami dapatkan Ijazah. Bersyukur sangat-sangat.

Regards,

6 comments:

  1. OK...Smua subjek kat atas tu dah lulus MQA mcmne dgn subjek len cam prasekolah?????

    ReplyDelete
  2. Syabass.... Ini adalah momments yg melegakan bukan???huhuhu

    ReplyDelete
  3. setahu saya kos lain semua dah lulus. cuma yang disenaraikan kat bawah ni yang baru lulus semalam 24/1/2011
    Sains, Pendidikan Islam, Pengajian Sosial dan Pendidikan Jasmani

    awak maktab mana?

    ReplyDelete
  4. @red : aha lega rasanya dah dapat MQA

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...