Friday, January 7, 2011

Scrub / Lulur badan

Ramai wanita menganggap bahawa lulur atau scrub hanya sesuai digunakan oleh bakal pegantin menjelang perkahwinan mereka. Oooh anda salah, sebab lulur badan ni sangat penting sebab mempunyai kebaikan yang tertentu seperti :

  1. Menghaluskan dan menggebukan kulit
  2. mencerahkan dan mensekatakan warna kulit
  3. Mengurangkan parut
  4. Mengurangkan jerawat (radang kulit di badan )
  5. Menaikkan seri
  6. Mengurangkan jeragat pada badan
  7. Mengurangkan kesan selulit
  8. Mengawal bau badan
Lama aku cari kebaikan lulur badan ni akhirnya jumpa jugak. Aku memang suka beli scrub/lulur ni sebab kulit aku jenis sensitive terlebih, nyamuk gigit sikit ja jadi parut, semut gigit pon parut apa-apa je la yang bila aku garu mesti jadi parut. Tapi yang paling penting boleh buang daki dekat badan. Tak boleh la harapkan sabun semata-mata, sabun nak bersihkan kotoran dan kuman aje.

Jadi kat toilet tu bersepah la Scrub/lulur macam-macam jenis ada. Korang pakai scrub badan apa weh? Setakat ni yang aku pernah try

BUNGA TANJUNG

Bunga tanjung ni aku pernah pakai since sekolah menengah. aku pau mak aku punya. mak kata elok untuk sental daki dekat badan. Lepas tu boleh kurangkan parut lama. makin gosok bunga tanjung ni makin kurang la  parut tu dekat kaki dan tangan aku. Masa sekolah dulu aku sental dekat muka sekali. Parut jerawat kurang, kulit pon licin.

Tapi leceh sikit la bunga tanjung ni, kena bancuh dengan air dulu sebab dia dalam bentuk serbuk. Lepas tu packaging dia tak best bila kena air kembang le. Sebab tu kena letak tempat tinggi sikit tak nak bagi basah.
Lagi satu yang aku tak suka sangat bunga tanjung ni bau dia busuk sikit. Bau herba. Tapi kalau dari segi keberkesanan Bunga Tanjung tetap yang terbaik. 



BENGKONG WHITENING LULUR KRIM MUSTIKA RATU

Mengandungi 150g digunakan untuk membantu membersih debu kotoran dari daki yang melekat pada tubuh, membantu menyaman serta menyihatkan kulit badan. Cara guna sapu dan gosokkan secara melata pada seluruh anggota tubuh. Lalu dibilas dengan air. Gunakan setiap hari jika perlu.
Lulur Mustika Ratu ni aku tengah pakai sekarang ni. Bau dia pon boleh diterima la daripada bunga tanjung tu busuk haha. Akak promoter kat jusco tu cakap kalau nak pakai tak payah la dalam satu masa nak lumur satu badan. Sekali mandi sental la tangan dulu, esok kaki pulak ha macam tu la nasihat akak promoter.




PUTRI BINARI


Jenama puteri Binari memang dah femes dalam arena scrub ni. Yang ni pon aku pernah try, ok aja bau pun wangi kulit pon licin la sikit kalau tak macam kulit buaya punya la kasar hehe..

LULUR BADAN RATU SARI


Yang ni lulur badan Ratu Sari. Aku tak pernah pakai pon tapi tengok berlambak orang jual kan kan. nanti bila-bila boleh le try. Selalunya lakau aku rajin aku scrub 2 kali seminggu. Kalau malas jawabnya sebulan 2 kali le haha. 

Lepas dah scrub mesti la nak pakai loition kan haha mengada betui, nak tahu loition apa yang sesuai untuk kulit kering tengok entri ni Loition terbaik untuk kulit kering

Sekian Terima kasih.

Regards,


1 comment:

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...