Friday, January 7, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bersara selepas 22 tahun berkhidmat


KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bersara hari ini.
Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau bersara hari ini kepada Bernama selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu
Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja- Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis berkenaan. Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 selepas memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.
Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987.- Bernama

source : harian metro

Ala lepas ni sapa nak announce raya ni. Tak best la kalau tukaq orang lain dari kecik lagi asal raya ja tercongok depan TV nak dengaq tarikh hari raya. Lepas tu aku jerit kat mak, sebab mak kat dapur bukan dia dengaq pon. Kiranya aku ni TV bergerak la. Tapi bezanya bila dah besaq ni dengaq pengumuman raya pon endah tak endah ja. Raya dah tak semeriah dulu. Pelita pon orang dah tak pasang. Nak main mercun takut kena tangkap dengan encik Polis. Kenangan dulu-dulu semua dah tak ada. Ni Engku Ibrahim pulak bersara. Acehh emosi sekejab..

Regards,



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...