Saturday, January 15, 2011

NASI LEMAK GUNA LOGO TANDA HALAL PALSU

AHLI-AHLI Pewaris Pulau Pinang berhimpun di hadapan Balai Polis Bayan Baru selepas membuat laporan membantah penggunaan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jakim pada bungkusan nasi lemak di Bayan Baru, Pulau Pinang, 15 Jan. - UTUSAN/Zhafaran Nasib

Sedang aku merayap-rayap tengok kosmo online, tertarik pulak aku dengan berita nasi lemak ni. Nasi lemak pon nak guna logo tanda halal palsu ka? macam-macam ler. Bab halal haram makanan ni agak sensitif bagi umat Islam, jadi kalau pengeluar non-muslim nak berniaga makanan, pastikan anda mendapat logo halal yang diiktiraf. Orang Islam pulak kalau dah rasa tengok logo tu macam cop pelik ja, jangan la beli. sebab once dah ada syak wa sangka dah tak boleh makan dah.



GEORGETOWN – Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan sebuah syarikat pengeluar nasi lemak bukan Islam di Juru yang didakwa menggunakan logo halal palsu.
Presiden Pewaris negeri, Sabaruddin Ahmad berkata, berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai, nasi lemak itu dijual di sekitar Pulau Pinang.
Beliau berkata, nasi lemak itu dipercayai dijual kawasan perumahan serta kilang sekitar Pulau Pinang terutamanya kawasan Jalan Tengah, Bukit Jambul, Kampung Jawa, Bayan Baru dan George Town.
"Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mengganggu sensitiviti orang Islam. Tidak kisah bangsa apa sekalipun, sekiranya ia mempunyai tanda halal yang diiktiraf, kita boleh terima.
"Sebaliknya ini jelas menunjukkan tanda halal nasi lemak itu palsu dan bukannya dikeluarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru, di sini.
Beliau menggesa Jakim dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim supaya memantau logo halal yang digunakan oleh pengusaha di negeri ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan umat Islam. – Bernama
source : kosmo online

p/s : gambar utusan, ulasan kosmo mix sekali la noh

Regards,

8 comments:

  1. Tapi dari gambar yang saya nampak kat surat khabar, logo halal tu memang sah daripada IFRC. Kan banyak syarikat2 besar seperti OldTown, PappaRich yang guna logo halal tu? Memang pernah nampak ramai pelanggan beragama Islam yang menjamu selera di situ. Apasal pulak yang timbul masalah cuma nasi lemak ni?

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar jugak pasal IFRC. Cuba reffer site ni http://berita-harian-online.com/mais-haramkan-logo-halal-swasta/

    "keputusan mengharamkan penggunaan sijil halal keluaran enam buah syarikat swasta di negeri ini berkuat kuasa serta-merta"

    syarikat tuh termasuk IFRC rupanya. hurmm biasa la syarikat besar selalu diaorang takot nak terjah. nasik lemak jugak yang kena terjah dulu

    ReplyDelete
  3. link tuh cuma kat Selangor, bukannya satu negara. So yg mana sepatutnya blh percaya?

    ReplyDelete
  4. kalau nak kepastian elok awak cari dekat laman web halal malaysia. yang tuh memang JAKIM

    ReplyDelete
  5. nasi lemak yg jual kat umah matdin pun x gune tanda halal pun ok jer hehe..

    jemput sini yer hehe..
    Blog Matdin

    ReplyDelete
  6. haha sengal la matdin. makcik timah jual nasi lemak tu pon tak apply sijil halal jugak. satgi tak pasal-pasal kena tangkap ayok!

    ReplyDelete
  7. Untuk MAIS memang syarikat perlesenan swasta sudah ditamatkan kontrak dan tiada kontrak baru. (dasar baru-baru ni tp xtahulah dibuka balik pula)
    Untuk lesen halal sebenarnya bukan saja dari Jabatan Agama Negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tapi ada dari syarikat perlesenan halal (swasta).Sepatutnya perlesenan halal disatukan pada JAKIM saja dan untuk pengurusan daftar pada syarikat.Kalau under negeri saja agak payah.Nanti satu negeri xsahkan syarikat A tp tb2 negeri lain iktiraf syarikat A.boleh timbul kekeliruan.

    nasi lemak tu dah bungkus lawa tapi agak rugi jika tidak halal.

    sepatutnya bukan ada logo halal saja,sebaiknya ada logo haram.sebab kadang kala pembeli tengok barang xde logo halal tapi main sebab sebab fikir "ala sos cili saja" sedangkan ada sos cili dalamnya ada lemak babi.

    ReplyDelete
  8. betul jugak. kalau letak haram ka non-halal ka confirm orang tak beli kan

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...