Monday, January 10, 2011

KECOH FACEBOOK AKAN DITUTUP 15 MAC DEPAN, betul ka weh?

Bangun pagi-pagi pergi amek Tok Som nak mengurut kakak baru lepas bersalin, sambil drive dengaq hot.fm isu paling hot macam biasa la isu AJL25. Lepas tu aku pon tercongok baca Kosmo online, dan berita yang menarik perhatian aku adalah Isu facebook akan ditutup 15 Mac depan.

PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

MARK ZUCKERBERG


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Timesmelaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.
Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi
Source : Kosmo online

Isu facebook akan ditutup ni dah disebarkan sejak kemarin lagi, tapi aku malas nak amik port sebab macam rumors ja. Tapi hari ni bila dah keluar Kosmo aku amik port la sikit. Berita ni telah disebarkan secara besar-besaran di Twitter. Dikatakan pemilik facebook Mark Zuckerberg mengalami tekanan untuk menguruskan laman sosial ni.

Apa kebaikan dan keburukan facebook ditutup?

Keburukan :
  • takkan nak buka akaun friendster balik kot eeeeuww
  • Jaringan sosial yang terjalin lepas ni mungkin akan lesap, semua kawan-kawan dari sekolah rendah pon boleh still keep in touch melalui facebook.
  • semua akan meroyan bila facebook tutup sebab tak boleh main game!
  • Semua gambar-gambar yang ditag kalau tak di save mungkin akan lesap.
  • Semua orang mogok tak nak pakai broadband dah lepas ni sebab alasan utama beli broadband adalah untuk berfacebooking haha.
  • Dah tak boleh nak jadi stalker usha page orang sana sini
  • Mokcik-mokcik yang baru buat account facebook semua frust menonggeng. baru nak buat 'Joyah fan club"haaha
  • Dah tak boleh dah nak bergossip dengan member-member. 'korang tahu si polan polan, dia baru clash dengan pakwe dia'
  • Kurang la pendapatan orang yang buat business through facebook, kena buat blog la pulak pas ni.

Kebaikan :

  • Lepas ni tak dak student yang akan main handphone kat kelas sebab nak bukan facebook
  • Twitter akan jadi top ranking pas ni
  • Mak senah, Mak Timah, semua akan masak tepat pada waktunya. disebabkan facebook suami-suami kelaparan kena pi makan kat kedai.
  • Kurang dosa mengumpat, megutuk dekat facebook
  • No more sexy pictures at facebook

Tu jela yang sempat aku pikir buat masa ni. Kalau aku teringat aku edit lain haha

Regards,

2 comments:

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...