Friday, January 21, 2011

MACAM MANA NAK HASILKAN BLOG YANG MENARIK HUH?

Hurm kekadang bila tengok blog sendiri rasa macam terhena pon ada jugak. Tengok blog orang lain gempak gile.Sepanjang aku maraton dekat internet ni apa yang menarik yang aku jumpa? ha yang ni agak menarik untuk dikongsi bersama. Aku tulis entri ni adalah sebab nak memperingati diri sendiri dan dalam masa yang sama berkongsi dengan semua orang. so chill

MACAM MANA NAK HASILKAN BLOG YANG MENARIK HUH ?


1. MAKE IT SHORT BUT NOT TOO SHORT

Pastikan blog anda mudah untuk dibaca, Jangan buat entri macam penuh dengan tulisan dari A sampai Z. Kebanyakan pembaca akan berasa bosan dan hilang minat untuk membaca entri anda jika anda terlalu melalut dan membebel tak kena gaya. Tengokk tajuk dah cun dah, tapi kau punya merepek meraban kalah tok nenek jiran sebelah rumah aku. So make it short but not too short ahaks. Buat perenggan untuk entri yang agak panjang. Hurm dulu kat sekolah buat karangan pon kena buat perenggan tau kalau tak potong markah huh.

2. MASUKKAN SEKURANG-KURANGNYA SATU GAMBAR



Bayangkan tajuk dah gempak, isi dah padat tapi tulisan semata-mata. Alahai spoil la weh. So apa kita kena buat? Jawapannya, masukkan sekurang-kurangnya satu gambar untuk menggambarkan keseluruhan entri anda. Gambar penting sebab readers akan tengok gambar dulu tau sebelum baca entri korang tu. Tapi pastikan gambar tu relate dengan entri yang dihasilkan. Jangan cerita pasal KUCING tapi letak gambaq BATU..hoh apa ke halnya tu?

Ok contoh yang lain, kalau korang buat entri tentang movie yang korang dah tengok. ha letak je la poster movie tu. Kalau cerita pasal tempat makan, letak gambar korang pergi tempat makan tu, haaa kan interesting tu.

3. BUAT SIGNATURE 


To make your post most personal, design satu signature untuk setiap entri yang korang hasilkan. Keep them small and simple, cukup nak melambangkan identiti korang.

4. BUAT LINK KE ENTRI LAMA

Kalau korang buat macam entri bersiri ka, ataupun entri yang ada kesinambungan, linkkan entri yang lama tuh dekat entri yang baru korang buat tu. Ha kan senang sikit readers nak refer. barulah reader tu tak confuse, tercengang-cengang apa benda la tuan blog ni merepek-repek nih.

5. LOOK AT OTHER PEOPLE BLOGS

Rajin-rajin le melawat blog-blog orang lain, tengok gaya penulisan diorang macam mana. design blog macam mana. Tapi jalan la tiru sebijik pulak, ambik idea aja la weh, pas tu olah la ikot gaya dan kesesuaian blog anda. Cipta satu identiti sendiri.

6. BUAT PERSONAL HEADER


Kalau nak blog anda lebih menarik buat personal header yang menggambarkan identiti blog korang. Kalau tak reti buat sendiri pon suruh ja sapa-sapa buatkan ahaks bunyi macam menarik.

Berakhirlah sudah eksplorasi aku di ehow.com. Sekali lagi aku tekankan aku buat entri ni bukan sebab aku perasan aku bagus,  tapi sebab aku pon baru nak belajar. Apa yang aku dapat aku kongsikan dekat blog aku ni. BERKONGSI that's the keyword yer. Penulisan lebih kepada monolog untuk diri sendiri jugak, supaya sentiasa ingat macam mana nak hasilkan blog yang menarik walaupun hakikatnya aku masih jauh untuk ke arah itu. Tak apa la slow-slow la yer.

Regards,

14 comments:

  1. dan yang paling penting datang dari hati kita :D

    ReplyDelete
  2. idea pun kena menarik.. tapi susah gak nak keluarkan idea menarik ni. huhu

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang blur tak tau nak tulis apa ahaks

    ReplyDelete
  4. ala nk buat header 2 la mslh...x reti...bila buat,asyk tak jadi...huhuhu

    ReplyDelete
  5. cik Tiniey pakai ja photoscape,tak pon conteng-conteng dekat paint ;p

    ReplyDelete
  6. aku main pakai tulis je pa ada dlam pala otak aku ni ha...tpi bca2 blik cam syok sendri plak..haha..

    ReplyDelete
  7. mula-mula syok sendiri pas ni syok ler beramai-ramai hohoo

    ReplyDelete
  8. nak buat personal header tu tak pandai2 lagi nak buat sampai sekarang

    ReplyDelete
  9. Ya jangan lupa buat perenggan pendek-pendek. Nice tips :)

    ReplyDelete
  10. @sabree : blog awak dah cantik la sabree haha

    @GreenLava : thanks i will remember that..thanks again ngee

    ReplyDelete
  11. 1) mana nak dapat headerr yang menarik?
    2) camana nak bagi header tu dok tengah2.. dah byk kali cuba tapi tak jadi,... tolong kengkawan..

    ReplyDelete
  12. @emy : header menarik tu tak semestinya kita kena pakai adobephotoshop apa bagai. kalau rajen pakai paint pon dah ok.amik gambar dari tenet pas tu paste ikot citarasa..tadaaa dah siap header
    tapi try pakai photoscape senang ja

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...