Sunday, January 23, 2011

DEDIKASI UNTUK JUST KHAI

Kenapa aku suka blog Just Khai? Aku tak tau la asal usul aku tahu blog Just Khai ni kat mana. Tapi yang aku sangat pasti adalah aku jumpa blog ni secara tak sengaja masa aku tengah google-google. Kalau tak silap jugak aku kenal scukz dulu baru aku kenal Just Khai. Masa zaman tu memang aku asyik-asyik masuk scukz forum. macam-macam ada pasal gossip, teknologi semua aku belajar dekat situ.

Lepas dah lama kenal Scukz baru aku tau sapa pemiliknya, iaitu Just Khai. Sejak tu memang dua benda ni melekat sebagai rutin harian aku. bukak scukz lepas tu bukak Just Khai. 

Apa perasaan aku bila baca Just Khai ?

Seriously sampai sekarang hanya satu saja blogger yang aku kagum iaitu Just Khai. Sebab apa, aku rasa Khai ni seorang yang sangat kreatif bila nak sampaikan mesej dalam entri dia. Dari pembacaan aku, Khai tak pernah sombong, tak pernah nak riak walaupun dia memang famous! hoh aku suka itu, KESEDERHANAAN

Khai guna laras bahasa yang sedap di baca oleh semua golongan masyarakat. Hahah aku tak tau nak describe macam mana, tapi bila aku baca blog Khai memang aku tak pernah menguap walaupun kekadang entri tu panjang berjela. Bayangkan aku yang jakun IT ni pon boleh tertarik bila dia cerita pasai benda-benda yang aku memang LOST haha. Tapi aku tetap baca dan cuba belajar dari apa yang Khai cerita. 

Aku tak kata aku fanatik dengan Just Khai, cuma aku suka blog ni. aku bukanlah stalker yang nak cari pasai khai cukup sekadar aku kenal Khai melalui Just Khai ahaks so poyo's la aku! ngee.

Serious aku memang baca kebanyakan entri Just Khai, cuma aku ni nyanyok sikit aku suka lupa apa aku baca ahaks. Tiap-tiap hari aku bukak Just Khai sebab nak tunggu Khai update blog. Tapi aku tak comment sebab just jadi silent reader. Kenapa hanya sebagai silent readers? sebab masa tuh aku malu nak comment. Aku takut comment aku tuh kena gelak ja haha ( jakun gila zaman dolu-dolu hakhak )

Ha yang paling aku ingat sebenaqnya, Khai ajaq pasai Google Chrome. Dah Khai suggest time tu aku pon try la, wah bangganya aku aku antara yang awal pakai google chrome ( haha lagi sekali tak boleh blah ).Lagi satu aku suka header Just Khai, hikhik setiap kali tengok aku nak tergelak ( hoho giloos)

Tapi sekarang ni aku sedih sikit la, Just Khai dah tak macam dulu. Dah berubah 70%. mungkin khai ada komitmen lain, or blog tersebut diambil alih oleh pengiklan or what ever. Yang aku nak sampaikan kat sini adalah aku rindu Just Khai yang dulu. Blog yang penuh dengan informasi kehidupan,teknologi dan sedikit adunan peribadi dari Khai. 

Regards,

2 comments:

  1. Just Khai sekarang ini pun dah jarang-jarang kemaskini blog dia

    ReplyDelete
  2. aha dah jarang sangat dah uhuu..zaman dolu-dolu best

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...