Thursday, January 6, 2011

Cara Untuk Reset Password Mybank2U Anda Secara Online

Baru-baru ni aku menghadapi masalah terlupa password Mybank2U (M2U). Bukan apa kononnya pakai la password yang lain sikit sebab nak bagi secure. Sekali aku terlupa la oi. Adeh nyanyok la, lepas tu aku main tekan-tekan password M2U lalu terus diblock oleh pihak mybank hehe. Yela kalau korang salah masuk pin code topup pon dia akan block kan, tambahan pulak account bank. Nah amek padan muka aku.

Aku pon terpinga-pinga la macam mana nak reset password aku balik. aku lupa password lama!! Dari tahun lepas lagi aku baca la kat forum macam mana nak reset password, jawapan yang aku dapat kurang memuaskan sebab ada yang kata kena call mybank terus. Aku pon buat tak tau je la sebab buat masa tu aku just guna M2U untuk topup haha.

Tapi hari ni bila ada buyer nak bank in duit dalam account aku mesti la nak kena check dulu duit masuk ke tak. Baru boleh post barang. Lalu, huru hara la aku cari solution untuk reset password. Naseb baik la aku bukak web M2U pas tu jumpa benda alah ni. Tak silap aku dulu tak dak pon.

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah sama dengan aku meh aku ajar macam mana nak reset balik account M2U korang tu.

1. Buka website maybank2u
2. Click button Login


3. Click bahagian "forgot password"


4. Masukkan username korang, No ATM Card dan juga no ic


No. ATM card ada kat depan ni yer
5. Kemudian mybank akan hantar Reset Password Code ( RPS ) dekt handphone korang
6. Lepas tu click button submit.
7. Sekarang korang dah boleh bukak account korang melalui Mybank2U.


Ha senang kan. Tak payah dah susah-susah nak call Mybank baik buat online aje. CEPAT MUDAH PANTAS.

Regards ,

4 comments:

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...