Sunday, January 9, 2011

Cara Menjaga Laptop Kesayangan Anda

Aku ingat lagi masa mula-mula masuk maktab dulu, punya la jakun bab-bab komputer dengan laptop ni. Laptop first yang aku ada adalah COMPAQ. Best pakai compaq tapi al-kisahnya aku ni kan dah jakun main guna ja, tak tau lansung macam mana nak jaga laptop supaya jangka hanyatnya lebih lama. 

Di sebabkan aku tak jaga laptop compaq tu, maka jangka hayatnya tamat pada Julai 2010. Tapi ikutkan lama jugak laptop tu tahan dalam tempoh 5 tahun tapi macam-macam hal la jadi. Charger rosak la, kena virus la, screen black out la. Akhirnya aku decide beli laptop baru iaitu Encik Dell Merah kesayangan saya. 

Dana untuk laptop tu adalah daripada sumber berikut :
Bapak : RM 500
Emak : RM 500
Upa : RM 500
Aku : RM 700

Kiranya aku beli laptop tu dengan harga RM700 la. yang lain semua aku mintak sedekah kat bapak,emak dan sumbangan kasih sayang dari boyfriend tercinta saya UPA.

Baiklah, untuk elakkan encik Dell jadi tragis macam encik Compaq, ikuti artikel ni :

CARA MENJAGA LAPTOP KESAYANGAN ANDA :

  • Elak guna laptop ketika tengah kilat sabung menyabung sebab boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pada komponen PSU ( Powe supply unit ) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.
  • Elak letakkan laptop anda di atas katil, karpet atau permukaan yang lembut kerana boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup. Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating. 
  • Jangan letak laptop di peha anda.
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan, buka bateri laptop anda apabila telah dicas penuh. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan gunakan kuasa daripada adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Kalau terlalu kerap dicas, bateri akan hilang keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
  • Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruang di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara di ruangan bawah laptop yang sangat terkesan dengan haba.

  • Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan ke dalam beg. Mengelakkan kesan jangkamasa panjang bateri dan mengelak kecurian.
  • Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakan ( death) pixel pada screen. 
  • Sebolehnya jauhkan laptop dari bahan magnet.
  • Pastikan laptop anda diberi rehat, jangan biarkan laptop terpasang sehari ke sehari ( ketahanan laptop berbeza dengan PC)
  • Letakkan sekeping kertas A4 pada papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindari papan kekunci tersebut daripada masuk habuk.
  • Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD/CRT/projector.
  • Jika laptop terlalu bising, hantar servis untuk membuangkan kotoran yang terlekat pada kipas atau head sink laptop.
source : admin.xenosystm

Selesai sudah cara-cara menjaga laptop. Yang no.11 tu jadi dekat aku la, tapi aku malas nak repair aku beli laptop baru sebab laptop aku pon memang dah nazak dah pon. Mula-mula ingat nak beli encik Apple, tapi budget tak berapa cukup, lepas tu aku kena beli laptop cepat sebab nak siapkan research. Sayonara Apple..

laptop idaman hati ku..sapa nak hadiahkan??
Regards,

1 comment:

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...