Friday, January 7, 2011

CARA MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN

Memandangkan berat badan aku dah naik balik aku pon tengah huru hara cari petua tradisional macam mana nak kurangkan lemak-lemak dalam badan aku ni. ni semua Baby Khaalish punya pasai la khaalish nangis achik tension, achik pon makan la chocolate, nasi berpingan-pingan adei ni daripada blog gades size L tukar pulak gades size XL hhaaaha tidak. 

Aku jumpa petua ni tadi, besok la start diet hari ni termakan nasi lemak la pulak haishhh. nasik lemak tuh yang salah!! Baiklah berbalik kepada tajuk entri

CARA MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN :

Lemak yang berlebihan dalam badan kadang-kadang akan membuatkan diri kita berasa kurang selesa. Secara tak lansungnya, apabila lemak kita bertambah, berat badan pun akan bertambah jugak ( GEMUK! ). Untuk itu ada satu petua untuk dikongsi dengan korang iaitu petua mengurangkan lemak dan secara lansungnya akan mengurangkan berat badan.

Caranya adalah dengan meminum air asam jawa. Mula-mula, ambil sebuku asam jawa   
Kemudian, ramas asam jawa tadi dengan segelas air putih dan sejukkan di dalam peti sejuk 
Seterusnya, selepas kita makan tengahari atau malam, minumlah air asam jawa tadi. Amalkan minum air asam jawa setiap hari secara konsisten.

Weii apa lagi jom pi dapuq tengok asam jawa mak letak kat mana. Ni tak payah pakai modal apa pon dah asam jawa mak dah beli dah ni. Ok kejab lagi jugak aku minum air asam jawa ni. Mana tau besok slim, terus nampak gorgeous hahhaahaa.


Regards ,



P/s : iklan kat atas tu kan perli aku ler tu ( iklan Bizzy Body )

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...