Tuesday, January 11, 2011

Cara Mencuci Muka Anda Dengan Betul


Aku percaya semua perempuan/wanita, mencuci muka kalian dengan menggunakan product-product tertentu. Ada yang pakai New York Skin Care, SK II, Sedayu Tinggi, Natsha, Safi, Loreal dan banyak lagi la. Sebenarnya, jenama tak penting dalam penjagaan muka ni sebab tak semestinya jenama yang mahal tu sesuai dengan kulit muka kita kan. Dulu aku pakai yang berjenis sikit tapi kulit muka aku dok gelap jugak, siap berjerawat lagi. Lepas tu aku beralih arah atas saranan emak aku, Puan Zaharah mintak aku cuba pencuci muka from Eika cosmetic. Rupanya itu yang terbaik, sedar tak sedar dah lebih 4 tahun aku pakai jenama yang sama. Thanks emak sebab recommend!

Kali ni aku bukan nak bercerita tentang jenis-jenis pencuci muka ka apa, tapi benda yang paling basic kita kena tau iaitu 'how to wash your face?'
Nampak macam suka hati ja, tonyoh je la macam mana pon, tapi sebenarnya ada cara yang tertentu. Tak salah cuba kan. So tengoklah video kat bawah ni. Berguna sangat-sangat sebagai seorang perempuan.


oo yang penting kena ada air suam. dah lama dah mak pesan cuci muka dengan air suam tapi dasar kau pemalas haha..

Kalau tak puas hati dengan tengok video saja jom baca kat bawah ni  :

Cara Mencuci Muka Dengan betul

Langkah 1. Cuci Tangan

Ingat cuci tangan sebelum membersihkan muka, memegang make up atau memegang wajah. Ini kerana, tanpa kita sedari, sebenarnya banyak bakteria yang terdapat di tangan kita. jika tidak dibersihkan, bakteria dan kotoran tersebut akan berpindah ke wajah anda. Sebaik-baiknya gunakan sabun antibakteria dan cuci tangan dengan air suam.
Langkah 2. Ikat Rambut Anda

Dengan mengikat rambut, selain muka mudah dibersihkan, wajah anda juga akan terhindar dari kotoran yang ada pada rambut.
Langkah 3. Bersihkan Makeup

Jika anda mengenakan make up, bersihkan dahulu dengan menggunakan makeup remover sebelum mencuci muka supaya product penjagaan muka boleh bertindak dengan lebih effective. 
Langkah 4. Basahkan Muka

Percikkan sedikit air suam ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan itu, produk penjagaan muka dapat meresap ke wajah dengan lebih berkesan.
Langkah 5. Menggunakan Sabun Muka

Letak sedikit pembersih muka di telapak tangan atau sponge. Gosokkan di telapak tangan dan sapu secara lembut dengan menggunakan jari-jari tangan atau sponge ke seluruh wajah bermula dari dahi, hidung, pipi, dagu dan leher. Lakukan pergerakkan memutar pada wajah selama beberapa minit.

Biarkan formula pencuci muka meresap selama beberapa minit ( 1-2 minit ).
Langkah 6. Membilas

Basuh muka dengan air beberapa kali sehingga sisa-sisa sabun hilang di wajah. Gunakan air sejuk agar pori-pori tertutup dan melancarkan peraliran darah. Keringkan wajah dengan tuala bersih
Langkah 7. Gunakan Toner
Bagi Anda yang memiliki wajah berminyak, sangat disarankan menggunakan face toner setelah mencuci muka. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan sabun muka. Toner juga berfungsi mengecilkan pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Sapukan toner secukupnya ke wajah dengan kapas.
Langkah 8. Lembapkan Kulit

Oleskan moisturizer atau face cream pada wajah setelah selesai membersihkan wajah supaya kelembapan kulit muka terjaga. Pastikan anda menggunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit.
Regards,


p/s : masa zaman hitam dulu nasib baik upa aku nak jugak. sayang awak!

2 comments:

  1. cam ne nk wat sign kat bwh pos ek?? dh ade url tp xreti nk letAK Kt mana...

    gtau i leh x??

    ReplyDelete
  2. no problem saya pon belajar dekat tutorial ni

    http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/2010/03/masukan-tandatangan-dalam-pos-blog.html

    hope dapat membantu :]

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...