Tuesday, January 4, 2011

CARA BERURUS NIAGA DI MUDAH.MY

Ada tak baju yang korang rasa korang beli ikot nafsu dan korang jarang pakai atas beberapa faktor tertentu.
Mesti ada kan! habis tu korang buat apa dengan baju tu weh. biaq jadi pekasam ja letak dalam almari?
Kalau dulu jawapanya YA aku buat pekasam. Tapi sekarang tidak lagi ( aceh macam iklan pulak )

Tahukah korang bahawa baju-baju terpakai yang masih dalam condition yang baik itu boleh dijual semula?
kadang-kadang kita tahu tapi kita malas nak bukak laman web, cari maklumat pasai jual menjual ni kan.

Ala tak payah susah-susah nak buat car boot sale ka, bukak gerai ka. Kat sini aku bagi saluran macam mana nak melepaskan barang-barang kesayangan korang tapi dibeli ketika bernafsu tinggi untuk shopping semata-mata. 



Cara paling senang sekalai adalah jual dekat MUDAH.MY aku percaya ramai dah tahu kan. tapi tak pa la aku sekadar berkongsi :]

Dekat mudah,my ni senang korang nak jual barang-barang korang macam handbeg, kasut, baju. modalnya hanyalah internet, dan sedikit peluh untuk tangkap gambar barang yang korang nak jual tu.

Aku sarankan amik la gambar senonoh sikit baru la berselera orang nak beli. tak payah pakai SLR pon tak pa. pakai handphone pon boleh janji gambar tu jelas.

Untuk lebih detail kat sini aku tunjuk sedikit tutorial riangkas buat panduan :

1. Mula-mula korang masuk page mudah.my
2.Kemudian korang akan nampak page macam kat bawah ni :


kalau nak jual barang pergi dekat insert ad yang aku bulat herot-herot tu. click aja dekat situ.

3. Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah :


Isi maklumat anda dekat borang tersebut. dekat region tu selalunya aku akan letak Kuala Lumpur / Selangor. 
bukan apa kalau korang letak kedah nanti ciput ja orang akan tengok.
maklumat terbaru yang aku dapat MUDAH.MY/Selangor antara page yang paling ramai orang view dekat Malaysia. Jadilah penjual BIJAK hehe takkan nak letak kedah/Perlis/kelantan/terengganu/perak ?

HEADING : letak tajuk yang ringkas tapi menarik. korang boleh la tengok contoh dalam mudah tu macam mana. lepas tu tiru je la. sonang aja dehh..

ADD TEXT : ruangan ni terangkan sikit details barang korang 

Color : 
Size :
*berapa kali korang pakai barang tuh.
*condition barang tu macam mana
*lepas tu kalau nak berurusan dengan email boleh letak email korang kat ruangan ni.

lepas tu masukkan gambar barangan yang korang nak jual. boleh masuk 2 gambar kalau tak silap. dulu boleh ja sampai 3 uhuu..

4. Kemudian click next
5. check balik data yang korang isi, kalau ada nak tukar boleh edit balik.
6. dah siap. nanti Mudah.my akan suruh korang verify email. korang bukak la email k.
7. bermulalah urus niaga di MUDAH.my selamat mencuba!

Paling penting dalam urus niaga kena jujur. jangan jual barang yang dah rosak tak baik tau. kalau ada cacat cela kena mention awal-awal dekat buyer supaya buyer tak rasa tertipu.



p/s : Bila berurusan dengan urus niaga macam ni pastikan duit masuk dulu baru pos barang. satgi melopong la korang uhuu..

5 comments:

  1. oh yeah..terrrrbaekkkkkkkkk..

    ReplyDelete
  2. thx sharing...try SuperStore.com.my (post FREE ads)

    ReplyDelete
  3. sy beli brg ngn seller perakgadgets rm300 kat mudah.my.......sampai lani xdpt2 belit2.....camne ye bleh tlg tak?

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...