Wednesday, January 12, 2011

Amek Kau Nak Sangat Exercise Macam Jillian The Biggest Loser

Sebelum ni aku ada buat antri pasal NAK DOWNLOAD VIDEO JILLIAN MICHAELS : 30 DAY SHRED?

Yeah dengan bangganya aku nak heboh satu dunia aku dah download, tengok sekali lalu Jillian part 1 dia banyak pakai dumbbell, aku pon semangat la pi beli dumbbell dekat tesco nasib baik tak mahal sangat dalam RM 24.90. Tapi disebabkan elaun aku dah ditarik balik oleh kerajaan, aku terpaksa amik hand phone dan dail no. Upa. Maka RM30 ringgit berjaya di transfer dengan menggunakan mybank2U hehe.


Tapi time tu aku ada cash RM 60 ringgit ja, emak suruh beli beras la, ikan la.sayur la aku takot duit tak cukup nak beli dumbbell. Al-kisahnya disebabkan malas nak congak sendiri aku sanggup pergi bayar dulu barang-barang yang mak pesan sambil berdoa ada la baki 25 ringgit aku nak beli dumbbell.

Bila akak cashier dah kira ( akak ke?aku lagi tua kot ahaks) aku pon tergumbira sebab ada duit lebih la oii..
YES BOLEH BELI DUMBBELL! horey yippi!

Aku pon tolak troli pergi dekat pintu masuk hypermarket tu, dengan slumber yayanya aku cakap kat brother guard tu

"Bang, tolong jaga barang-barang saya ni sat boleh dak?"

Brother Guard sengih lalu setuju. Aku pun Larik pergi amek dumbbell, fuhh naseb baik ada lagi huh!

Ok sekarang video Jillian dah ada, Dumbbell dah ada. Maka tepat pukul 5.30 pm aku pon mula nak poyo nak exercise versi Jillian. Ok mula-mula warm up boleh diterima ( dalam hati siap kala alaahai sonang aja!)
Bila dah masuk exercise cardio dia AMEK KAU! PENAT GILE!

Konsep Jillian ni senang ja, dia bagi tenpoh 20 minit ja untuk bersenam. Jadi dia nak 20 minit yang bermakna, maknanya kita kena push segala tenaga yang ada ke tahap maksimum. Dia akan selang selikan senaman biasa dan cardio. Banyak kali Jillian sebut bahawa untuk menjayakan 20 minit ni senaman harus dilakukan secara berterusan tanpa henti. Kalau tak, tak da maknanya.

Aku pun ikot la exercise dengan Jillin, tapi mai exercise yang paling aku menyampah bila kena buat ala-ala sit up. Penat oii!! Tapi untuk first time ni aku kecoh sikit, aku rehat jugak sebab Jillian bukan nak marah aku pon hahaaa.

Apa aku dapat setelah buat exercise Jillian part 1, of course la aku dapat penat!. Tapi yang paling penting adalah aku berjaya mengeluarkan peluh, serius beb seawal 10 minit pertama amek kau berderau peluh aku keluar. Best wo penat memang la penat. Senaman ni tak semudah yang kita tengok, bila tengok rasa confident senang aja, tapi bila kau dah buat rasakan!

Macam ni le keadaan aku dok exercise, apa Jillian buat aku pon buat jugak tapi Jillian tak suruh berhenti, aku pandai-pandai berhenti sondiri la dek!


Sapa berminat untuk download sila rujuk page ini :


Akhir kata selamat bersenam versi Jillian The Biggest Loser, Yeah!

Regards,

2 comments:

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...