Wednesday, January 5, 2011

2011 HAIRSTYLE UNTUK MUKA BULAT

Korang pernah tak rasa excited nak potong rambut? Aku ni memang jenis yang sangat excited bila rambut dah panjang sebab terlampau girang gumbira boleh pergi kedai potong rambut. 

Jenuh la aku tunggu kapan waktunya rambutku ini mau panjang sebab tak sempat nak panjang sangat aku dak kasi tarah habis. Tahun 2011 ni aku terkinja-kinja dah nak potong rambut sebab best friend aku Nana dah korbankan rambut dia dekat saloon hari tu. Aku dah memang ingat nak join sekali dah potong rambut, tapi aku sabaq sat sebab aku tak tau nak potong rambut macam mana.

Ni satu lagi kisah, kalau pergi kedai rambut ja aku mesti tak tau nak potong macam mana. Aku harapkan advise dari tukang gunting la konon tapi hampeh dia tanya kita balik. Pi kedai murah ka, mahai ka sama ja. aku tanya dia, dia tanya aku.

Jadi kawan-kawan kalau kita nak potong rambut better korang survey dulu kat internet haircut macam mana korang nak. snap pictures dan tunjuk kat orang kedai tu. Jadi tak payah buang masa kan.

Permulaan 2011 ni aku memang berniat nak potong rambut. Hasil carian dengan Nana, nana tunjuk haircut yang menarik dan simple iaitu BOB HAIRCUTS 

Aku dah research sikit-sikit dekat internet, bob haircuts ni antara haircuts yang menjadi pilihan pada tahun 2011 ni. Jom kita tengok contoh-contoh bob haircuts ni leh tunjuk kat amoi kedai rambut saya nak potong macam ni sejibik hoho..







Haircuts Untuk Bentuk Muka Bulat :

Bila nak potong rambut ni lagi satu masalah, bulatnya muka aku? hairstyles mana yang sesuai untuk manusia yang muka bulat macam aku ni??

Aku dapat jawapan ini :

"The short hairstyle is always advisable for round shape face because it looks very trendy and easily manageable. Also it adds volume at the top and sides. So that the roundness of face is minimize and give you a slimer look. If you want very short hair then go for pixie cut. If your hair quality is very thin then add wispy bang so that you will look attractive. Shag hairstyle with multiple wispy layers also a good option for round shape face. Always part your hair from the middle because it reduces the roundness of your face"

Oleh itu, untuk finalize aku akan pilih Bob hair cut. Walaupun aku pakai tudung biar la aku nak potong rambut gaya macam mana pon kan. janji aku puas hati. dah kalau pakai tudung takkan nak biaq rambut mengerbang macam ponti ye tidak?


angled bob for round faces
regards,

p/s : Bila la nak pi potong rambut ni. semua orang keja takkan nak pergi dengan baby khaalish kot

2 comments:

  1. cool..love heidi klum punyer rmbut..muka mummy gitu..

    http://mrsbifa.blogspot.com
    http://bifascollezion.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. same lah kiter...muka bulat nk ikot style & peredaran zaman pun susah dah...hmmm...
    nak try lah potong mcm (angled bob for round faces) ni... ok x ek???

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...