Thursday, January 6, 2011

10 Cara Meningkatkan Traffic Blog Anda

Aku ni bukan la senior-senior dalam blogging ni. Tapi sekadar berkongsi sebab aku tau ramai orang baru macam aku ni selalu terpinga-pinga kalau sebot pasai meningkatkan traffic blog, pasai increase earning nuffnang la, pasal kat mana nak ping blog la, masa mula-mula nak aktif blog seriously memang jakun. Tapi tak pa at least kita usaha. 

Aku buat blog bukan untuk fames ka ape, tapi sebab aku seronok nak berblog disamping menjana pendapatan daripada nuffnang. Tapi aku tak layak lagi la nak cakap pasal nuffnang sebab baru sebulan ja aku aktif nuffnang nanti bila aku dah kaya baru aku cerita dehh haha.

Habis tu cakap pasal traffic aku layak ke? ikut-ikut tak layak jugak tapi lantak la aku nak cakap jugak hohoo.

1. Kerap menambah artikel / up date blog

Bagi orang-orang baru rajin-rajinkan diri anda untuk update blog. Up date la 2-3 kali seminggu kalau rajin lagi boleh up date tiap-tiap hari. Bila dah up date jangan lupa ping entri terbaru anda seperti yang aku cerita dalam entri Cara Untuk Ping Blog Anda. Kalau nak update blog pon pastikan anda buat research sikit. baru padat dengan ilmu.

2. Ping URL blog anda sekurang-kurangnya sekali sehari.

Sekali lagi diingatkan bahawa ping adalah penting untuk encik google dan yahoo menghantar spider-spider mereka ke blog anda. Bila dah ping, maka entri korang akan berada di antara entri yang paling wanted di google dan yahoo. jadi peluang untuk mendapat traffic adalah tinggi. Moh le kita sama-sama try yer. Kalau masih blur-blur ping tu apa tengok semula kat entri aku ni Cara untuk ping blog anda.

3. Submit URL blog anda ke google

Sapa tak kenal dengan Google yang tersohor di serata ceruk. Jadi korang sangat bijak kalau korang hantar URL ke google add URL. Tak rugi pon kalau cuba.

4. Jangan jadi blog yang annoying

Apa yang dimaksudkan dengan blog yang annoying? menurut orang-orang yang dah lama buat blog macam Just Khai, kita kena ikut majoroti. Sebab kalau korang pergi mana-mana forum pon, dekat forum tu akan menyeru dan merayu-rayu dekat korang supaya jangan letak MP3/ lagu dekat blog. Berdasarkan pengalaman aku dok blog walking pon, aku rasa sangat terganggu bila lagu yang aku play dekat laptop bercampur dengan lagu kat blog korang ehe. Jangan marah aku cuba berkongsi apa blogger lain kata dan relate dengan pengalaman sendiri. so chill

5. Tinggalkan komen dekat blog orang lain.

Kalau nak dapat traffic yang tinggi, rajin-rajinkan la diri tu blog walking sana-sini. tinggalkan jejak anda dengan meninggalkan komen dekat blog tersebut. tapi pastikan komen tu kena dengan tajuk entri wei. ni kalau dah rakus nak traffic main tarak ja paste ayat yang sama untuk setiap blog. isk isk jagalah kesopanan masing-masing. baca la sikit entri yang ditulis tu kecik hati blogger tersebut tau.

6. Bertukar-tukar link

Petua yang ke-6 adalah bertukar-tukar link. menurut just khai lagi  kita pakat-pakat la tuker link antara satu sama lain. jom link exchange!

7. Aktifkan RSS blog anda

Seterusnya adalah aktifkan RSS blog korang. Korang hanya perlu masuk ke feedburner dan pandai-pandailah guna kelebihan yang ada dekat sana. Letak RSS supaya orang boleh subscribe entri anda, maka peluang untuk dapat traffic tinggi makin bertambah.

8. Letak link blog anda di mana sahaja

Rajin-rajin la letak link korang dekat twitter, facebook. kedua-dua ni adalah medium terbaik untuk anda menyebarkan perkembangan terbaru tentang blog anda. Letak aje la sapa nak baca dia baca la. kalau tak nak baca diorang tak click, senang aja.

9. Gunakan search assistant yang ada pada search engine 

Cuba try type dekat yahoo. akan ada kat bawah tu search assist kan? apa kata kita manfaatkan search assist tu sebab dah terang lagi bersulu tajuk-tajuk yang keluar tu antara yang paling hot di carian yahoo. Jadi, kalau nak buat tajuk entri boleh la rujuk dekat search assist sebagai panduan.

10. Letak Tags pada entri anda

Letak la banyak-banyak tags yang relate dengan entri anda. type ja apa pon. contohnya macam kulit. tag ja kulit kering,loition,masalah kulit, apa-apa je la yang ada kena mengena dengan entri yang korang tulis. lagi banyak tag lagi senang orang nak jumpa entri korang.

Aku tulis entri ni bukan sebab aku dah terlalu pandai, tapi sekadar ingin berkongsi. siapalah aku ni kan hukhuk. Bila aku buat entri ni secara tak lansung macam memperingati diri sendiri la. kan aku dah kata blog aku ni macam journal aku. apa aku suka aku akan tulis hehe chill.

Berakhir sudah 10 cara meningkatkan traffic blog yang aku adaptasi dari just khai. Aku suka baca blog dia banyak info-info dan tak merepek. Hurm macam mana la muka just khai ni, tak pernah tunjuk pon??

Regards,

9 comments:

  1. Good info..banyak yg aku bleh blaja..Terima ksaih bebanyak..

    ReplyDelete
  2. tq2...for dis useful info....really appreciate it....hek3

    rajin2 la jenguk saya di blog saya :
    http://zubir5588.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Thanks So much for this tips :)

    visit me back ^^
    http://sabar-jelah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. good info for new blogger cam saya.. saper2 nak order homemade coklat, jom singgah http://www.coklatbiznet.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ye tuan Tanah..good info for new blogger..keep it up..

    ReplyDelete
  6. TQ ek...berguna untuk org baru macam saya=)nleh la buat lawatan tak rasmi di sini
    http://cikshima-shafiq-shima.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Waу cool! Sοme very valid points! I appгecіate you writіng thіs article and alsο the rest of the wеbsite іѕ veгy good.


    Hеrе is my blog post - payday loans

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...