Monday, January 31, 2011

TIPS MENCARI DAN MEMELIHARA CINTA SEJATI

Sedang asyik membaca gosip di beautifulnara.com, tiba-tiba di celahan gosip terselit satu video yang abang Nara selitkan. Mula-mula rasa macam tak berminat nak tengok, tapi lepas baca ulasan abang Nara kat bawah tu, aku pon terdetik nak tengok.

Hurmm betul lah ni baru dikatakan cinta sejati.

'banggakah kamu wahai kaum hawa, jika kamu punyai paras rupa yang cantik?'
'banggakah kamu kaum hawa punyai teman lelaki kacak, wang ringgit penuh saku?'
'sedarkah kamu bahawa kecantikan dan kesempurnaan boleh ditarik balik oleh Allah SWT?'

maka dari situlah keikhlasan teman lelaki dapat di ukur. sebab semua kecantikan luaran dan kesempurnaan anda telah ditarik balik. kecantikan yang diagung-agungkan dah hilang.

Jom sama-sama tengok video ni yang sangat touching :


Persoalan :

Adakah insan yang aku kenal sekarang ni seteguh itu?

Dengan key word cinta sejati, aku pon jumpa blog ni pakarhowto.com. memang best la blog pakarhowto. Kalau ada masa lebih moh le kita terjah blog tu yer. Apa yang aku tulis kat sini aku ambil dari blog pakarhowto. tapi aku hanya amek yang mana aku rasa paling sesuai untuk dikongsi.

Oleh itu, jom le kita sama-sama tengok Tips Mencari dan Memelihara Cinta Sejati :

1. Pilih Pasangan Yang Sesuai
  • jangan jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi
  • wang bukan penyuntik cinta ( banyak pasangan yang memilih teman hidup untuk kemewahan semata - itu bukan menentu cinta)
  • tanya diri sendiri "dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" - jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
  • jangan menurut kehendak nafsu seks
  • pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Mr. Right kembali
  • sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati tiba-tiba kembali.
  • perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa anda membuat keputusan.
  • buat keputusan agar tidak menyintainya lagi
  • lupakan sejarah silam dengan memulakan hidup dan cinta baru.
4. Bukan perigi cari timba
  • anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperi objek keras atau seolah-olah 'syok sendiri'
  • maka sama-samalah berinteraksi dan berbincang terhadap apa jua yang berlaku dalam perhubungan.
5. Hargai diri sendiri dan pasangan
  • hubungan sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan
  • untuk hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu hargai diri sendiri dengan cuba ungkapkan kata-kata romantis atau lakukan kejutan terhadap dirinya.
source : pakarhowto.com

Jadi sama-samalah kita berusaha mencari dan memelihara cinta sejati. mudah-mudahan dapat cinta sejati macam dalam audition american idol tuh

Regards,

Sunday, January 30, 2011

Perlukah Anda Gunakan Shampoo dan Conditional dari brand yang sama?


Seperti kebiasaan, pagi-pagi aku akan bukak paper online, facebook, and magazine online ( jimat giloss ). Menarik untuk dikongsi bersama adalah tentang "should I use the same brand of shampoo and conditioner?
Dah lama aku rasa macam 'boleh ka campur-campur shampoo brand lain, conditioner brand lain? maka hari ni terjawab la sudah.



Q : Should I use the same brand of shampoo and conditioner?

A : Not necessarily. Feel free to mix and match — just choose formulas with the same style goals,  says trichologist Philip Kingsley. They are usually formulated with similar key ingredients (moisturizers in curl enhancers, silicones in smoothing formulas), allowing them to play nice in your hair.

source : cosmopolitan.com

So, ladies jom mix and match shampoo dan conditioner. Aku pon baru nak bereksperimen ni. ingatkan dulu tak boleh campur. Tapi jangan lupa kena tengok jugak formula dia. tapi pendapat aku benda-benda macam ni kena bereksperimen. kalau agak-agak pakai tu rambut gugur ka,kulit kepala gatal ka maka tidak la bersesuaian brand tersebut di gabungkan.

Regards,

Friday, January 28, 2011

1,950 Graduan PISMP Boleh Jadi Guru

"IPOH 27 Jan. - Kesemua 1,950 graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh menarik nafas lega apabila Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meluluskan akreditasi bagi kesemua kursus pengajian mereka sekali gus melayakkan mereka untuk menjalankan tugas sebagai guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (gambar) berkata, pihaknya telah menerima surat akreditasi itu semalam dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) pula akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
"Akhirnya, MQA telah memberikan akreditasi kepada semua kursus PISMP dan graduan dijangka mula mengajar di sekolah yang ditetapkan pada 7 Februari ini."

source : Utusan Malaysia online

Alhamdulillah, semua penantian dan tanda tanya dah terjawab sudah. Lepas ni aku akan bergelar "cikgu Ainisah " Sekarang ni tengah suspend tunggu tempat posting. grrr ngerriii 

Thursday, January 27, 2011

TOYOTA Tarik Balik 1.7 Juta Kenderaan

Bangun pagi baca paper. Tapi aku bukan nak tempek paper kat sini cuma berkongsi isi penting kalau nak berita penuh rujuk kosmo

Dah banyak kali dengaq isu TOYOTA tarik balik kereta yang diorang keluarkan. Maka bila aku bercita-cita nak tukar kereta nanti TOYOTA nyah kau dari list aku hehe.


"Pembuat kereta terkemuka, Toyota menarik balik hampir 1.7 unit kenderaannya di seluruh dunia, sekali gus memburukkan lagi reputasinya di pasaran Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini berdepan dengan masalah sama."


Dilaporkan juga bahawa TOYOTA menerima 77 aduan luar negara dengan 75 dari Amerika Utara dan lebih 140 aduan lagi di Jepun. Rupanya antara salah satu sebab penarikan tu adalah pemasangan tidak kemas satu alat pengesan yang berperanan mengukur tekanan bahan api. Kesannya boleh akibatkan KEBOCORAN MINYAK!

Ha yang ni best jugak :

"Di Jepun, syarikat itu akan menarik 19 model seperti Noah, Voxy, Caldina dan Isis yang dikeluarkan di antara tahun 2000 dan 2009."
Lorh cardina pon ada masalah ke? haiyok kereta idaman tuh.


Regards,

Tuesday, January 25, 2011

TINGGAL KENANGAN


Ha tu la kau nisa! gatal sangat nak jual handbag kesayangan kau dekat Mudah. Kalau sesiapa tak tau cara nak berurus niaga di Mudah boleh rujuk dekat sini [CARA BERURUS NIAGA DI MUDAH.MY]

Cik Nisa, kau letak tu dengan harapan tak dak orang nak beli sebenarnya. So boleh la jadikan alasan untuk beg tuh kejong dalam almari.

Huaa aku sedih, sebab ada orang dah beli beg aku tuh. Beg yang aku jarang pakai, sebab ganas sangat tapi aku memang suka beg tuh. Tak pa la daripada tak pakai, baik aku jual ja. Huaaaa mood sedih tak ingat. Buyer dah bank in duit so tak boleh nak cancel dah. Dengan berat hati aku lepaskan kau pergi wahai beg koboi.

Pas ni tobat aku dah tak nak jual beg dah. sebab aku tau aku akan sedih. Aku bukan desperate nak duit sampai jual handbag, tapi aku memang gatal tangan pi publish handbag tu dengan harapan tak dak orang beli.

Hoh ok kau diisytiharkan pelik cik Nisa Fadzil !

Selamat sedih,

SEMUA IPG DAH LULUS MQA!

"Finally, MQA has accredited all PISMP courses. Letter fr MQA is expected to be received by tomorrow, thereafter BPSH will do the needful & inform various State Eductn Dept. A total of 1,950 PISMP graduates will start work as scheduled."
"Tuan/Puan,Lanjutan emel tuan/puan bertarikh 19/1/2011, 21/1/2011 dan 25/1/2011 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.Untuk makluman tuan/puan, pihak MQA baru sahaja selesai proses penilaian Akreditasi bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Sains, Pendidikan Islam, Pengajian Sosial dan Pendidikan Jasmani) dan telah dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi pada 24 Januari 2011 dengan keputusan LULUS. Sehubungan ini, pihak MQA telah selesai membuat penilaian Akreditasi bagi semua program-program di Institut Pendidikan Guru (IPG di Malaysia).Untuk makluman tuan/puan juga, pihak IPG akan dimaklumkan perkara ini dan perlu membuat pembayaran bagi penilaian yang telah dibuat untuk pengeluaran sijil akreditasi. Sekian, terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menurut perintah,NOOR FARAHSTIN HASSAN Unit Hal Ehwal Awam dan AntarabangsaAgensi Kelayakan Malaysia(Malaysian Qualifications Agency)"
nur marini(pismp 2007@ipg)

wahai maktab maktab seluruh Malaysia, kita dah lulus MQA! Aku copy paste dari group budak maktab aku. posting bila lain cerita. janji dah lulus MQA. Tapi percayalah hari itu hampir tiba. gurlp tetiba aku nebes!

Yeah semua maktab dah lulus MQA tahniah.tahniah atas usaha keras masing-masing. Bukan senang first Batch IPG nak dapat akreditasi oi. Ye la daripada maktab nak lahirkan guru berijazah. So first batch ni memang berusaha keras chow chow punya. Kena buat extra works demi kebaikan seluruh warga IPG. 

Bayangkan nak lulus MQA kena buat file dari zaman semester 1 dulu. Mana nak cari benda yang 4 tahun lepas? mungkin anda akan kata sapa suruh tak simpan?

tapi hakikatnya bagi kami yang belajar selama 5 1/2 tahun tersangat la banyak file. Lepas tu disebabkan kes pindah randah dari asrama ke rumah sewa maka kemungkinan untuk file-file tuh terhilangkan diri adalah sangat tinggi. Jadi terpaksa la masing-masing kerja sama kumpul bahan semata-mata nak sediakan file untuk MQA.

Seriously, hal berkaitan MQA ni hanya diketahui pada semester 6. Biasa la, PISMP baru diperkenalkan, so banyak gila benda yang tak pasti dalam kos ni. memang banyak sangat menguji kesabaran pelajar dan juga penyarah.

Bila dah dapat MQA aku bersyukur gila. Hasil penat lelah berjaya jugak kami dapatkan Ijazah. Bersyukur sangat-sangat.

Regards,

CETUSAN IDEA STREET FASHION

Sekarang ni macam-macam fashion kita boleh tengok kan. Tengok ja sekeliling korang, tambahan kalau pergi time square, pavi,mid valley,Curve,OU macam-macam fashion korang boleh tengok. Sekarang ni sapa yang bertudung pon tak dak hal lah kalau nak pakai dress or T-shirt janji masih bersopan.

Kali ni aku saja ja survey street fashion yang boleh dijadikan panduan kalau nak dress up. Aku suka fashion yang simple dan tak nampak over or berberan-beran. Aku tak suka pakai benda yang terlalu colorful sebab aku seorang yang berjiwa "mudah" tak suka benda complicated.



ahaks pi mai pi balik aku mesti pakai t-shirt dengan long cardigan. cepat dan selesa. aku suka itu


hurmm memang rasa nak beli jacket warna hijau la suka sangat. Nak beli seluar slack baru jugak yang ala-ala skinny. Dah ada 1 tapi koyak le pulak adei, need a new one lorh 



suka-suka simple aja!


wah style gile pakai macam gini


ni pon ok untuk golongan biasa-biasa macam aku



Ahaks rasa excited pulak nak pergi shopping, Sejak menganggur ni, tak dak geng la pulak nak shopping sana sini ( tapi kat aloq staq ni, aku nak shopping kat mana entah?). hehe tunggu upa aku balik nak ajak shopping kat penang honga!honga!!

Tapi sebelum tuh "oii nisa, pi la diet satgi baju semua tak dak size!!"

Regards,

Monday, January 24, 2011

IKLAN ARAK DARI NUFFNANG?




Untuk kepastian aku pon bukak balik survey nuffnang aku. Bukankahh jelas lagi bersuluh aku nyatakan TIDAK kepada jenis iklan seperti di atas?


[GAMBAR] : SIGNBOARD YANG KELAKAR

Semenjak dua menjak ni, serious aku LOST.Tak tau la kepala otak pikir ke mana, online rasa macam tak online. Klik sana sini tapi tak tau apa yang aku klik.

Al-kisah kalau aku tersangat la lost maka aku akan cari gambar-gambar yang boleh buat aku tersengeh. Jom tengok reramai !



hehe kejam giloss. tapi idea yang bernas jugak ni, kakak-kakak, abang-abang yang rasa adik korang tu perampas kebahagian korang boleh la buat sign macam ni pas tu publish kat mudah. Kot-kot ada orang nak beli hehe


Areeebaaa kain rentang besau gilosss tapi tuptup 0% sale. Ini boleh mendatangkan marah. Haish. Tapi kelakar la hhheehe gelak sesorang lagi.


Adoi tak dak cikgu ke yang nak ajar korang tu nama dia "BANANA" atau nama Melayunya "PISANG".
what a frog u panggil itu "CURCE YELLOW FRUITS" hehe good job tuan kedai!


hehee papan tanda macam ni pon ada ka??toin toin gile happening! Badfart lover :]

Yang benar aku yang keBORINGan,

TIPS & TRICKS HAIRSTYLE BUAT LELAKI

Bercakap tentang hairstyle lelaki, sememangnya aku bukanlah pakar. Tapi aku adalah wanita ( wanita ke perempuan ke gadis, goshh i'm confused!). 

Ok ulang balik ayat di atas, tapi aku wanita yang sentiasa akan memandang korang wahai kaum adam sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. So please, take care of your self guys, jangan la bila girlfriend tak tegur, korang pon honga-honga bebas buat serabai rambut tak sikat, minyak rambut tak letak. Bila keluar dating, girlfriend kena bawakkan gel rambut dan sediakan sikat. Adoi, silalah jaga diri sendiri isk.

Kekadang aku tengok, rambut macam besi tak shampoo ka apa? Adoi ternyata ada sesetengah lelaki yang tak suka menjaga penampilan. Bila pergi kerja baju buruk selekeh tak hengat, bila dating baru nak pakai cantik-cantik hensem-hensem la konon. Tapi, ingatlah untuk menjadi kemas, anda perlu praktikkan setiap hari. Kalau setakat nak kuar dating baru nak terkial-kial nak bagi smart, tu yang jadi fashion serba tak kena tuh. Ahaks cuma personal opinion.

Baik aku tak tau la jenis sikat apa korang nak pakai wahai kaum adam, gel jenama apa tapi sila lah jaga penampilan sekerap yang mungkin/selama korang mampu. Sebagai langkah pertama walaupun dah sebulan di tahun baru, apa kata jom LEBURkan sedikit duit pergi 'hair saloon'. Buat pertama kalinya jom lupakan sat kedai mamak gunting rambut yang ada pusing-pusing cam pelangi tu. Moh le reramai buat perubahan sikit hikhik.

Hair style mana yang boleh korang try yang cantik di mata wanita?




Ok apa weh macam lam gambaq tu. Ala sekali sekala, jom le pi gunting rambut aku merayu dekat korang jom ler p kedai gunting rambut.

Tapi sebenarnya untuk tahun 2011 ni tema hairstyle untuk lelaki adalah seperti kenyataan di bawah

"You’ll be happy to know that men’s hairstyles in 2011 are about chilling out and keeping it easy"

Owoh temanya tahun ni chilling out and keep it easy, tapi still tak mau serabai noh, nanti korang bagi alasan "relex la dear kata chill out " 

Aku ada cari video hairstyle khas buat kaum adam, kot-kot la terdetik nak try :




Sunday, January 23, 2011

DEDIKASI UNTUK JUST KHAI

Kenapa aku suka blog Just Khai? Aku tak tau la asal usul aku tahu blog Just Khai ni kat mana. Tapi yang aku sangat pasti adalah aku jumpa blog ni secara tak sengaja masa aku tengah google-google. Kalau tak silap jugak aku kenal scukz dulu baru aku kenal Just Khai. Masa zaman tu memang aku asyik-asyik masuk scukz forum. macam-macam ada pasal gossip, teknologi semua aku belajar dekat situ.

Lepas dah lama kenal Scukz baru aku tau sapa pemiliknya, iaitu Just Khai. Sejak tu memang dua benda ni melekat sebagai rutin harian aku. bukak scukz lepas tu bukak Just Khai. 

Apa perasaan aku bila baca Just Khai ?

Seriously sampai sekarang hanya satu saja blogger yang aku kagum iaitu Just Khai. Sebab apa, aku rasa Khai ni seorang yang sangat kreatif bila nak sampaikan mesej dalam entri dia. Dari pembacaan aku, Khai tak pernah sombong, tak pernah nak riak walaupun dia memang famous! hoh aku suka itu, KESEDERHANAAN

Khai guna laras bahasa yang sedap di baca oleh semua golongan masyarakat. Hahah aku tak tau nak describe macam mana, tapi bila aku baca blog Khai memang aku tak pernah menguap walaupun kekadang entri tu panjang berjela. Bayangkan aku yang jakun IT ni pon boleh tertarik bila dia cerita pasai benda-benda yang aku memang LOST haha. Tapi aku tetap baca dan cuba belajar dari apa yang Khai cerita. 

Aku tak kata aku fanatik dengan Just Khai, cuma aku suka blog ni. aku bukanlah stalker yang nak cari pasai khai cukup sekadar aku kenal Khai melalui Just Khai ahaks so poyo's la aku! ngee.

Serious aku memang baca kebanyakan entri Just Khai, cuma aku ni nyanyok sikit aku suka lupa apa aku baca ahaks. Tiap-tiap hari aku bukak Just Khai sebab nak tunggu Khai update blog. Tapi aku tak comment sebab just jadi silent reader. Kenapa hanya sebagai silent readers? sebab masa tuh aku malu nak comment. Aku takut comment aku tuh kena gelak ja haha ( jakun gila zaman dolu-dolu hakhak )

Ha yang paling aku ingat sebenaqnya, Khai ajaq pasai Google Chrome. Dah Khai suggest time tu aku pon try la, wah bangganya aku aku antara yang awal pakai google chrome ( haha lagi sekali tak boleh blah ).Lagi satu aku suka header Just Khai, hikhik setiap kali tengok aku nak tergelak ( hoho giloos)

Tapi sekarang ni aku sedih sikit la, Just Khai dah tak macam dulu. Dah berubah 70%. mungkin khai ada komitmen lain, or blog tersebut diambil alih oleh pengiklan or what ever. Yang aku nak sampaikan kat sini adalah aku rindu Just Khai yang dulu. Blog yang penuh dengan informasi kehidupan,teknologi dan sedikit adunan peribadi dari Khai. 

Regards,

MARI KIRA KALORI MAKANAN DI CEKODOK.COM

Terlanjur aku buka page cekodok ni aku promote sikit la. bagi sapa-sapa yang nak kira kalori makanan, cekodok ni tempat yang paling sesuai sebab dia kira kalori makanan kat Malaysia macam nasi lemak, kuih tempatan,mee goreng mamak dan sebagainya.

Yang buat aku menyampah nak kira kalori kat internet ni bukan apa, type nasi lemak tak ada pon yang ada spegati. Aku makan nasik la, nak kira kalori mee goreng mamak pon tak dak. nak cari kalori roti canai lagi la tinggal harapan. So tempat paling sesuai untuk diterjah adalah cekodok.com


Cam comel ja nama cekodok hakhak. So malas nak cakap banyak memandangkan hari ni aku lost, entri ni pon antara entri-entri yang terbengkalai dekat post aku, so hari ni aku sudahkan post ni, walaupun tak seberapa. Tapi untuk sesiapa yang nak tahu pasal kalori ni memang berguna kuasa tiga belas.

Aku sampai sekarang tak tau dan malas nak kira kalori, wueeks cukup la sekadar bila tengok kiraan tu aku tau kata "ooo makanan ni lebih karbohidrat, banyak lemak so kena kurangkan."



Ok, kenapa kita perlukan website yang macam ni? sebab ya memang betul dan jitu kita bertekad nak kuruskan badan, tapi langkah pertama yang kita akan ambil adalah menggoogle dulu, tips dan petua supaya kita kurus tahap cun melecun. Dalam erti kata lain, kita perlu mencari motivasi untuk kita berdiet. Kalau kau cerita kat orang kau nak diet, kena gelak/perli ada la. So google la diam-diam pakai laptop or komputer korang tu. Senyap senyap untuk diet ahaks.

Dekat cekodok ni jugak dia ada buat Calorie school, ahaks sekali lagi nama yang sangat comel


Itu saja serba sedikit perkongsian aku untuk hari ini. Di harapkan dapat membantu golongan macam aku yang nak kurus haha. Agenda diet aku terbengkalai lagi minggu ni adei

Regards,


p/s : dumbbell tengah gelakkan aku sebab hangat-hangat taik ayam!

Saturday, January 22, 2011

KENALI DIRI MELALUI BLOG ANDA

Apahal blog aku kosong? Aku seorang yang sangat simple, tak suka terjebak dengan benda-benda yang berkerawang-kerawang, bersawang-sawang glitter sana sini,wink wink sana sini. Nisa Fadzil adalah seorang yang sangat sukakan kebiasaan dan tak bersifat luar biasa.

Blog umpama satu karya yang kita hasilkan. Hiasan blog jugak boleh melambangkan peribadi tuan blog itu sendiri.


  1. Kalau korang suka PINK dah boleh agak yang korang bersifat lemah lembut
  2. Kalau suka WINK-WINK, Glitter sana sini boleh agak yang korang seorang yang MANJA ( aceh )
  3. Kalau blog korang ada LAGU, mungkin korang tak suka hidup sunyi-sunyi
  4. Kalau blog korang banyak gambar korang, maybe korang ada self esteem yang tinggi
  5. Kalau blog korang banyak gambar korang jugak, maybe anda memang suka ambik gambar sana sini   ( hobi)
  6. Kalau blog korang banyak iklan, mungkin korang seorang yang suka akan DUIT
  7. Kalau blog korang, ada sikit-sikit iklan, mungkin anda tak kisah tentang duit online, tapi anda nak berjinak-jinak dengan menjana duit online
  8. Kalau blog anda ada sikit-sikit iklan jugak, mungkin korang baru nak merangkak-rangkak nak buat duit nuffnang sebab semua orang kecoh diorang dapat banyak income dari nuffnang ahaks!
  9. Kalau blog korang penuh dengan berita, dari berita harian,kosmo,utusan,metro, mungkin korang ingin berkongsi berita semasa
  10. Kalau blog korang penuh dengan berita, dari berita harian,kosmo,utusan,metro, mungkin korang ingin mengejar traffic sementara ( eheehee ).
  11. Kalau blog korang banyak berkisar tentang perasaan dan kisah peribadi mungkin korang rasa lonely dan cuba luahkan dekat blog korang ( blog sebagai diary online yang google hantar crawl-crawl dia merayap)

Mood bermonolog dan bermuhasabah diri ahaks

Regards,

Friday, January 21, 2011

MACAM MANA NAK HASILKAN BLOG YANG MENARIK HUH?

Hurm kekadang bila tengok blog sendiri rasa macam terhena pon ada jugak. Tengok blog orang lain gempak gile.Sepanjang aku maraton dekat internet ni apa yang menarik yang aku jumpa? ha yang ni agak menarik untuk dikongsi bersama. Aku tulis entri ni adalah sebab nak memperingati diri sendiri dan dalam masa yang sama berkongsi dengan semua orang. so chill

MACAM MANA NAK HASILKAN BLOG YANG MENARIK HUH ?


1. MAKE IT SHORT BUT NOT TOO SHORT

Pastikan blog anda mudah untuk dibaca, Jangan buat entri macam penuh dengan tulisan dari A sampai Z. Kebanyakan pembaca akan berasa bosan dan hilang minat untuk membaca entri anda jika anda terlalu melalut dan membebel tak kena gaya. Tengokk tajuk dah cun dah, tapi kau punya merepek meraban kalah tok nenek jiran sebelah rumah aku. So make it short but not too short ahaks. Buat perenggan untuk entri yang agak panjang. Hurm dulu kat sekolah buat karangan pon kena buat perenggan tau kalau tak potong markah huh.

2. MASUKKAN SEKURANG-KURANGNYA SATU GAMBAR



Bayangkan tajuk dah gempak, isi dah padat tapi tulisan semata-mata. Alahai spoil la weh. So apa kita kena buat? Jawapannya, masukkan sekurang-kurangnya satu gambar untuk menggambarkan keseluruhan entri anda. Gambar penting sebab readers akan tengok gambar dulu tau sebelum baca entri korang tu. Tapi pastikan gambar tu relate dengan entri yang dihasilkan. Jangan cerita pasal KUCING tapi letak gambaq BATU..hoh apa ke halnya tu?

Ok contoh yang lain, kalau korang buat entri tentang movie yang korang dah tengok. ha letak je la poster movie tu. Kalau cerita pasal tempat makan, letak gambar korang pergi tempat makan tu, haaa kan interesting tu.

3. BUAT SIGNATURE 


To make your post most personal, design satu signature untuk setiap entri yang korang hasilkan. Keep them small and simple, cukup nak melambangkan identiti korang.

4. BUAT LINK KE ENTRI LAMA

Kalau korang buat macam entri bersiri ka, ataupun entri yang ada kesinambungan, linkkan entri yang lama tuh dekat entri yang baru korang buat tu. Ha kan senang sikit readers nak refer. barulah reader tu tak confuse, tercengang-cengang apa benda la tuan blog ni merepek-repek nih.

5. LOOK AT OTHER PEOPLE BLOGS

Rajin-rajin le melawat blog-blog orang lain, tengok gaya penulisan diorang macam mana. design blog macam mana. Tapi jalan la tiru sebijik pulak, ambik idea aja la weh, pas tu olah la ikot gaya dan kesesuaian blog anda. Cipta satu identiti sendiri.

6. BUAT PERSONAL HEADER


Kalau nak blog anda lebih menarik buat personal header yang menggambarkan identiti blog korang. Kalau tak reti buat sendiri pon suruh ja sapa-sapa buatkan ahaks bunyi macam menarik.

Berakhirlah sudah eksplorasi aku di ehow.com. Sekali lagi aku tekankan aku buat entri ni bukan sebab aku perasan aku bagus,  tapi sebab aku pon baru nak belajar. Apa yang aku dapat aku kongsikan dekat blog aku ni. BERKONGSI that's the keyword yer. Penulisan lebih kepada monolog untuk diri sendiri jugak, supaya sentiasa ingat macam mana nak hasilkan blog yang menarik walaupun hakikatnya aku masih jauh untuk ke arah itu. Tak apa la slow-slow la yer.

Regards,

Tips : Hubungan Cinta Jarak Jauh


Hukhuk memandangkan aku tengah mengalami fenomena cinta jarak jauh, Upa aku dekat KL aku dekat Alor Setar maka terdetik hati aku untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, diri si dia serta berkongsi dengan semua yang terlibat dengan Long distance relationship. Memang macam kejutan budaya, dulu asal weekend ja mesti kuar tengok movie sama-sama, shopping sama-sama, sekejab teman upa fitting, upa tunggu aku fitting berjam-jam. Bila shopping barang aku, aku memang energetic gile. Bila turn upa pilih barang aku termenguap haha.

Isu kali ini adalah bagaimana kita nak menjayakan hubungan jarak jauh ni supaya walaupun jauh tapi ianya mekar. aceh pandai la kau nisa oi! Sebenarnya kalau kita terlibat dengan hubungan jarak jauh ni, kedua-dua pihak kena la main peranan. Tak boleh sebelah pihak sahaja yer. haha tapi ni serious jom kita tengok petua di bawah :

1. Make Time

Dah semestinya kalau korang dipindahkan ke tempat kerja baru dan terpaksa terpisah daripada GF/BF, korang akan berjumpa dengan kenalan baru,suasana baru, membuat rutin-rutin yang baru. Tapi, tak semestinya anda perlu letakkan priorities paling rendah terhadap pasangan anda. Jalan letakkan pasangan anda di list yang paling bawah!



Rasanya adalah perlu bagi anda untuk membahagikan masa for a phone call or e-mail, berface book trough chat box or apa sahaja yang boleh membuatkan anda terus berhubung. Ceritakan tentang suasana baru tempat anda kerja/belajar so that you both feel apart of the other person's life. So apa yang penting untuk step yang pertama adalah, cari ruang dan masa untuk hubungi pasangan anda.

2. Visit


Berusahalah untuk melawat antara satu sama lain. Sebab tak kisah la seteguh mana pon cinta/kasih sayang korang, ianya akan pudar jugak kalau tak ada physical contact ( maksudnya jumpa dan hang out la bukan touch-touch haissh).

Pastikan jugak jangan sebelah pihak ja yang selalu visit, kena la seimbang baru adil dan saksama. Ni asyik Girlfriend ja yang melawat encik boyfriend or asyik-asyik encik boyfriend yang melawat girlfriend. So jadikan hubungan tu seimbang buat la jadual lawatan masing-masing haha.

3. Plan Ahead


Organize la schedule anda sebaik-baiknya bila GF/BF datang visit. You have nothing to do but spend quality time with him/her. Bagi tau la family, rakan-rakan yang awak officially unavailable pada hari sekian-sekian. 
Ini akan membuatkan pasangan anda happy dan rasa berbaloi-baloi dia datang jejauh.

Jangan pulak orang tu datang jauh-jauh, lepas tu asyik dapat phone call dari member-member ajak tengok bola ka apa ka. buat hangin ja oi. 

4. Be Thoughtful

Buat benda-benda yang sweet, or spontaneous untuk tunjukkan betapa korang rindukan pasangan korang. Hantar la trough facebook or email lagu-lagu kenangan cinta korang yang akan membuatkan pasangan rasa nak jumpa korang sangat-sangat hahaa. Berkesan ke? ha jom try!



Cuba post sesuatu yang dia suka, contoh macam biskut Mak Minah yang dia memang suka sangat-sangat atau apa saja yang dia suka. hantarkan gambar anda dan pasangan ataupun idea yang gempak jugak, burn CD yang ada lagu-lagu kegemaran si dia dan jugak lagu tema cinta korang atau apa saja yang akan membuatkan si dia teringatkan korang ( wah romantik gilooss!)

Even if this souands a bit sappy, a long distance relationship is no time to be a challange. Its time to keep your lady/men loving and missing you and looking foward to seeing you again.

5. Relax

Jangan pulak bersangka buruk bila pasangan korang tengah berkawan dengan orang-orang kat tempat baru tu. Dalam ayat yang mudah jangan cepat jealous la adek. Kalau korang call tapi pasangan korang tak anggap jangan aggap dia tengah date dengan orang lain, kalau dia lambat reply SMS tak semestinya dia dah tak peduli tentang korang. Mungkin dia tengah sibuk kot, ask for explanation dulu jangan tuduh melulu nohh. Dalam long distance relationship ni kepercayaan kena kuat terhadap pasangan. ( ops jangan terlalu percaya la, setakat percaya dah memadai haha)


kalau korang jatuh tahap tak percaya lansung, maknanya korang tak sesuai untuk long distance relationship, clash je la woops

Akhir kata, memang banyak masalah dengan long distance relationship ni, but make it work guys! Mana tahu dengan long distance ni boleh jadi kayu ukur tahap kesetiaan masing-masing. yela tumpang tak kawen la nak ukur pon dah kawen baru nak ukur bercerai talak satu dulu la jawabnya. 

Regards ,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...