Thursday, December 23, 2010

Wish List


I have to admit there are so many things I am dying to own. here are some of goodies i am hoping someone will bring by suprise ( angan-angan kau bukan main hahaa)

antara yang akan disenaraikan ni adalah wishlist yang tak tahu kurun ke berapa boleh dapat. tapi harap-harap tak sampai KURUN la, harap-harap sampai tahap hari,bulan,dan paling maksimun 2 tahun.

WISH LIST 1 :
so adorable  

carta yang pertama adalah cincin kawen aku. ni termasuk dalam wish list ranking terbaik punya. aku dah ushar dekat kedai sekian-sekian dan harga sekian sekian. tapi aku tak nak emas putih aku tak layan. aku macam mokcik-mokcik suka pakai emas kuning ( bukan emas keling noh haha). aku dah ushar dah kat kedai design ni ada emas putih dan emas kuning. tapi different price. emas kuning lagi mahai. beza gila kot. dah diskaun pon tertelan air liur gak le oi..

so sapa nak kawen dengan aku silalah simpan duit sebab aku nak cincin ni jugak. nak jugak nak jugak.

WISH LIST 2 :

waah kacaknya kamu encik black

kamu kacak !
ini wish list ke-2. masa mula-mula keluar kat Malaysia aku dah ter adore dah. kacaknya kamu wahai encik Blackberry Touch. kapan ya bisa aku memiliki kamu. mintak-mintak esok ada orang kaya yang ada touch lebih nak kasik aku..waaaa BERANGANLAH kamoo!

WISH LIST 3 :

aku nak camera. aku tak pernah ada camera sendiri. ada pon akak aku kasi.  jadi, aku nak ada camera sendiri tapi tak tau nak jenis apa sebab aku ni tak pandai bab-bab camera. aku main bedai ajer. tapi aku tak nak la SLR tu. sebab aku rasa sapa ada SLR asyik tangkap gambaq sendiri ja sangatlah tak cool hahaaaaaaa ( sorry noh pandangan peribadi sebab Malaysia negara demokrasi ngee).

pernah dengar pasai lomo camera??
yang atas tu lomo camera tapi aku tak nak la yang tuh. tapi siok jugak kalau ada satu. antik bebenau aku bawak jengjalan.


saya suka sony
aku tak ada permintaan tinggi untuk camera. kalau dapat yang ni pon jadi lah. nak warna merah/putih. aku suka both color. santeknya!

WISH LIST 4 :


TERsangatlah jakun dan ketinggalan. tapi ni wish list aku kan heeehe..aku nak jugak MP3 player encik Sony ni. walaupun la ni orang pakai mp4567 ka aku nak jugak yang ni. tak mahai mana pon tapi tak terbeli lagi sebab asyik shoping bag,kasut,baju..isk3..sapa-sapa tolong la sedekah kat aku mp3 ni. nak warna merah/hitam

WISH LIST 5 :

Yang ni memang wish list lah
@

@

@
@
@
@
@
@
@




tadaaa memperkenalkan kereta yang cute lagi hensem dan kacak


kekacakan yang terserlah :]

yang ni paling kacak antara semua

aku nak mini cooper buruk. tapi tak la buruk sangat. aku pernah tengok orang naik kereta ni siap letak pedai ayam ( pedai ayam = mangga ) kat kuar pintu hahaaa sangat la klasik hehe..

impian aku adalah naik kereta ni waktu petang dengan suami aku nanti bila tua. ROMANTIKNYA dush dush ketok kepala.

p/s : entry ini bukan untuk berpoyo-poyo dan bermegah-megah hanya hiburan jiwa semata-mata. kata pon WISH LIST. so chill

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...