Wednesday, December 22, 2010

Watson Vs Guardian


 VS


WATSONS AND GUARDIAN, the 2 largest pharmacy in Malaysia. which one you prefer to go?

Kalau nak ikut kadar kekerapan, aku lebih kerap pergi kat WATSON daripada guardian.

KENAPA?

Sebab :

SUSUN ATUR/KESELESAAN

Aku suka susun atur dekat kebanyakan cawangan Watson. Lebih tersusun dan tempat barang-barang tu pon strategik. kalau nak cari losyen ha tu dia semua jenis ada dekat rak tu..masker muka boleh pilih macam-macam ada. kalau Kosmetik haha lagi lah menjadi kegilaan. aku ni asyik pi watson ja , ushar compact powder lah, eye liner lah, makeup remover la ada ja benda yang kononnya terdesak sangat la nak kena beli. padahal bukan habis lagi pon hehee.
tu normal ye dah namanya POMPUAN.


Lepas tu Watson punya interior sedap mata aku memandang dan tak ada pon dia letak promoter yang nak promote barang-barang. aku cukup tak suka la orang dok paksa aku beli barang yang aku tak nak.


mengikut pemerhatian lagi, kebanyakan Guardian yang aku pi selama ni susunannya tak best la. ada sesetengah tu mak aii macam tonkang pecah..


contoh aku bagi dekat JUSCO MALURI,Cheras


cuba tengok perbezaan susunan antara Watson dan Guardian. Watson tersusun rapi ja, tapi kalau tengok Guardian ish ish ish.. aku nak jalan kot mana pon aku tak tau.
ada sesetengah barang ada dekat laluan orang. tau la kedai tu kecik tapi susun elok-elok sikit aihh..


tapi aku akui tak semua gurdian macam tu ada jugak yang kemas tersusun rapi. tapi KEBANYAKAN yang aku jumpa macam yang aku mention kat atas tu


HARGA YANG BERPATUTAN


bab harga ni tak boleh kira jugak. kadang-kadang watson sale ,  guardian tak sale. 
kekadang guardian sale , watson pulak tak sale. kena pandai-pandai la survey harga untuk penjimatan hebat.


tapi selalunya sale kat Watson sangat best among the best.
time dia buat sale barang cosmatic pergh sangat la berpinau mata aku
pas tu tambah pulak sale losyen+apa-apa jela
satu lagi kalau aku nak beli Shampoo or shower gel memang aku terjah Watson. MURAH MURAH
aceh kat sini aku nak promote shower gel keluaran watson yang aku sangat suka.
aku ni allergic sikit dengan bau sabun, so ada sesetengah ja aku boleh pakai





PRODUCT WATSON

watson ni bijak la keluarkan produk dia sendiri. tapi common la kan macam guardian pon ada buat jugak.

ni ha aku nak promote shower gel yang best dan berpatutan dari watson. dia macam body scrub jugak.paling aku suka bau asam jawa. HOH ASAM JAWA??try la bau dulu confirm jatuh cinta


yang aku bulat herot-herot tu la sabun asam jawa favorite aku


watson bath accessories pon aku suka 


bath accessories kat watson pon best jugak. tempat tonyoh/sental daki,kaki ha semua best.

WATSON CARD

Baru-baru ni Watson melancarkan kempen membership card diorang. masa dia punya cashier promote aku tanpa ragu-ragu join sebab aku memang beli barang kat watson. so tak dak rugi pun. try la join bagi sapa-sapa yang tak join lagi nanti leh dapat points dan boleh la redeem.
kalau nak daftar buleh la rujuk page ni watson card




P/S : penulisan ini adalah pandangan peribadi aku ja. chill..


2 comments:

  1. paling kerap g watson tesco extra cheras...hehe

    ReplyDelete
  2. tau tak pa..kita kan suka perabih duit kat situ.
    huaa bila leh soping kat watson sama-sama lagi T_T

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...