Friday, December 24, 2010

SENYUMAN AKAK KERANI PEJABAT POS

Tengah drive Kuala Lumpur - Alor Setar tiba-tiba keluar dekat radio lagu SENYUM (malique & najwa)

Secara jujur aku tak minat sangat lagu tu. tapi aku tertarik dengan lirik lagu tersebut ( hahaa skema habes wahai aku!)

antara lirik yang menarik perhatian aku :

"kalau kita senyum semua orang berjangkit"
"bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit "

" senyum, tak perlu kata apa-apa"

Isunya di sini adalah, penjawat awam yang tak reti-reti untuk senyum terutamaya barisan hadapan iaitu mereka-mereka yang menjaga KAUNTER. Aku gelarkan mereka ini barisan hadapan sebab mereka-mereka ini duduk di depan sekali. maka muka mereka akan dilihat oleh aku yang memainkan watak PELANGGAN.

Situasi:

AKU KE PEJABAT POS sebab nak :

bayar bil elektrik rumah sewa,
bayar bil air rumah sewa,
nak masukkan duit dalam akaun ASB nak keluarkan duit dari ASB
nak pos kain yang aku beli kat Masjid India nak bagi mak hantaq kat tukang jait
nak pos surat cinta
nak pos kasut,baju dan sebagainya kepada pelanggan mudah.com


Kesimpulannya semua urusan aku di PEJABAT POS membuatkan aku kena mengadap muka akak-akak KERANI kat Pejabat Pos tersebut. 

Isu SENYUM di sini adalah di kalangan AKAK-AKAK KERANI di pejabat pos.
kenapa la muka korang sangat la KELAT,muka MASAM mencuka macam baru kena potong gaji
bila orang tanya dia jawab halai balai ( sambil lewa )
buat macam kita ada hutang dia

nak bagi tau la aku manusia biasa yang memanjang tak tau berpuas hati dengan layanan di pejabat pos. kadang-kadang aku tau la muka aku ni muka awek muda kan dan awak akak kerani muka awet TUA. bila orang tanya jawab la dengan ikhlas kerana awak memang bekerja mencari rezeki untuk melayan pelanggan-pelanggan yang datang ke pejabat pos. 

walaupun awak rasa pertanyaan itu sudah kali 1juta awak jawab menyebabkan awak cemuih ( jemu) dan bernekad tak nak jawab dah lepas ni. TETAPI ingatlah wahai akak kerani kadang kala pertanyaan yang dah 1 juta kali awak jawab adalah soalan yang pertama kali terkeluar dari mereka-mereka yang berkunjung ke pejabat pos. Jadi layakkah anda menerima gaji kalau awak rasa awak terlalu mahal untuk menjawab soalan-soalan mudah itu?

nasihat saya letaklah jawatan dan bukan business sendiri dan jadilah bos. 

kalau akak kerani tak SENYUM muka masam mencuka tak ke membuatkan akak kerani sendiri berasa hilang mood nak bekerja. cubalah latih diri untuk senyum dan paksa diri untuk senyum kerana anda merupakan barisan hadapan untuk dipertontonkan.

aku tau la kadang-kadang kita bermain dengan emosi kalau berhadapan dengan orang ramai yang macam-macam kerenah. tapi kalau muka masam tak senyum tu kena dekat aku yang tak buat macam-macam kerenah aku jadi marah! kalau aku marah aku tak segan silu nak mengingatkan kau bahawa KAU ITU ADALAH KERANI PEJABAT POS yang sangat menyedikan kerana tidak tahu senyum dan bertindak KEREK!

Bukan nak menghina cuma aku perhatikan ramai pelanggan telah DIHINA secara tidak lansung oleh akak-akak pejabat pos. mesti korang pelik kenapa aku tujukan kepada akak-akak kerani pejabat pos? kenapa abang-abang kerani pejabat pos tak termasuk sekali? jawapannya sebab mengikut pengalaman aku kalau abang-abang yang jaga kaunter, mereka kurang beremosi berbanding akak kerani. 

aku tak berdendam sedikit pon dekat akak kerani pejabat pos kerana walaupun anda kerek tapi anda berjasa kepada aku jugak. cuma teguran yang agak kasar ini dijadikan renungan. 

akhir kata aku mintak maaf kalau bahasa aku itu terlalu kasar dan mengguris hati mana-mana pihak. 
itu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku di pejabat pos. setakat ini aku tak pernah lagii jumpa akak kerani pejabat pos yang mesra dan murah dengan senyuman.

mungkin akak kerani pejabat pos terlalu penat bekerja. aku sarankan dapat gaji pergilah mengurut dengan mana-mana tukang urut untuk betulkan urat senyum anda. hehee

Tak pun ni ada sikit senaman muka untuk anda praktikkan kat pejabat pos:

ok akak langkah pertama buat macam ni..
sebot wohooo pastikan mulut tegang
hidung pon meregang buat selama 30 minit. ok bagus


ok akak buat kembong macam ni dulu. ok teruskan bagus tahan 1 jam

lepas 1 jam terus bukak mulut sikit bagi nampak gigi
macam dalam gambar ni yer. ok bagus teruskan sampai balik keja ye akak

p/s : chill jangan marah akak kerani pejabat pos. hurm kalau letak pakcik ni dekat kaunter ok tak?

huaaaaaa larikkkkk!!!


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...