Monday, December 20, 2010

SEDAP KE BASKIN ROBBINS NI??

Baru-baru ni aku terberjangkit dengan akak aku yang masa mengandong asyik-asyik nak makan ice cream baskin robbins ja. jadi masa jalan-jalan dengan akak,abang kamal (my abang ipaq),Tok Z ( nama glamor mak aku bila dah bercucu hehe) kitorang pon layan la mummy yang sarat mengandung nak melepaskan rasa mengidam ( mengidam apa hari-hari nak baskin robbins hehe).

sebelum ni tak pernah layan pon baskin robbins ni ye la orang jakun makan ice cream cornatto ja, pas tu makan ice cream mcD, kalau nafsu makan dah macam jembalang aku pon pergi la mall beli ice cream dalam bekas tu kekah sama-sama dengan mak.

ok sekarang nak cerita pasal BASKIN ROBBINS ja. ice cream lain cerita lain kali je la noh..
(asyik makan ja padan la dok size L ja hehe)

ni masa aku jakun la kat kedah mana nak ada BASKIN robbins ni. makan ice cream malaysia ja, ada perisa milo,asam ko ( asam boi ),ada sirap,laici dan lain-lain.

so bila sampai kota kuala lumpur nu bukannya tak teringin nak rasa semua benda cuma rasa takot-takot nak order. bukan apa takot orang kata

"jakunnya budak ni nak order pon terhegeh-hegeh "hahaa


tu la falsafah salah yang aku pegang masa muda-muda dolu. sebenaqnya....nak takot apa orang yang jual tu pon bukan pandai sangat pon. dah dia keja kat situ mesti la dia tau semua flavor ye tak??

so moral of the story :
MALU BERTANYA SESAT JALAN LALU ANDA AKAN LAPAQ DAN TERUS MENGIDAM HAHA

so bagi orang-orang yang nak try tapi takot macam aku dulu aku recommend a few flavor yang aku suka.
ni most popular flavor kat baskin. so buleh la try satu-satu nanti. nak try semua sekali gus kopak la oii


CARTA ICE CREAM :

1. chocolate chip
2. oreo cookies n cream
3. chocolate chip cookie dough
4.cotton candy - serious sedap gile rasa dia macam gula-gula kapas kat kedai tu
5. tak ingat la nama dia tapi bunyi macam napoleon macam tu la kalau tak silap

yang aku bulat tapi tak bulat tu aku suka jugak.rasa macam gula-gula kapas hehe

pilih-pilih sendiri bayaq

selalu aku amek 2 scoops junior dengan topping hazel nut.sedap tak terperi dah

baskin pink day
hari rabu baskin buat promo. kena pakai warna pink ja. tak kisah la apa-apa pon. baju ka,seluar ka ( ada ka orang nak pakai seluar pink oii), cap ka,handphone ka,urmm tapi yang personal-personal tu jangan la tunjuk nah. malu dehhhh..

ok happy - happy makan ice cream :]

p/s : segala yang tercoret adalah pandangan peribadi semata-mata. maaf kalau ada salah dan silap. saya manusia biasa. chill :]

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...