Saturday, December 25, 2010

PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN ( ABPBH ) 2010

aloloo mia tomeinya dia

  • Drama Terbaik - Antara Garisan 


  • Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat) 


  • Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan) 


  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan) 


  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat) 


  • Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat) 


  • Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih 


  • Drama Komedi Terbaik - Simpang 3 


  • Lakon TV Terbaik - Antara Garisan 


  • Videografi Terbaik - Datang Bulan 


  • Filem Terbaik: Muallaf 


  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar) 


  • Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf) 


  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2) 


  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nor Fazura (Pisau Cukur) 


  • Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf) 


  • Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2) 


  • Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi (Astro Prima) 


  • Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM) 


  • Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 


  • Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24 


  • Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV) 


  • Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3 


  • Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam 



  • sumber : Berita Harian Online

    selesai sudah ABPBH. berikut adalah senarai pemenang yang aku amek dari Berita Harian online. hoyeah Nur kasih menang. memang paling layak menang pon sebab berjaya membuat aku tercongok depan TV sebab nak tengok apa jadi dekat Nor? apa jadi kat adam? ee jahatnya adam. eee jahatnya adik Nur tu,meluat aku tengok dan blablabla. bila penonton banyak soal macam tu maknanya jalan cerita dan lakonan adalah SUPERB!

    Sharifah Amani memang layak menang jugak sebab dia antara pelakon yang sangat berjaya menjiwai watak sesuai dengan selera penonton zaman sekarang ni, kalau yang dok hapai skrip 100% cemuih ( jemu ) aih aku tengok. tolongla...

    arghh Aaron aziz menang. dah la hensem menang pelakon pembantu terbaik pulak. dia kalau jadi lelaki kacak memang la menjdai sebab dia memang kacak ngehngeh. kalau jadi jahat pon jadi,kira dia memang sesuai la title PELAKON.

    nor fazura menang menerusi filem pisau cukup. seriously aku memang suka fazura berlakon. walaupun kekadang orang kaya dia gedik, tapi bagi aku biarlah dia gedik asalkan sedap mata aku memandang. tapi cerita pisau cukup memang syok habis la...OH MY GUCCI OH MY PRADA hehee

    Yasmin ahmad pengarah terbaik filem. aku memang suka semua filem yasmin ahmad dan jugak iklan-iklan yang dia buat. sangat berkesan dalam menyampaikan mesej dekat rakyat malaysia ni, pasal perpaduan ( melayu cina india). sangat terkesima aku dibuatnya hohooho.

    waaa diana daniel bagi award kat syamsul yusof la. tapi shamsul napa tak ssalam diana hahaahhhh..kontroversi lagi la tuh huh. udah-udah le tu syamsul oi.

    p/s : wah dah macam joyah dan senah aku ni. chill :]

    No comments:

    Post a Comment

    Feel free to comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...