Thursday, December 30, 2010

MY FAVORITE CHINESE DRAMA

Masa zaman kanak-kanak dulu aku ada beberapa favorite TV show and drama. tapi selalunya cerita yang akan buat aku tercongok depan TV tanpa kedip mata adalah cerita Cina.

Ada satu hari tu bapak aku balik dari kerja dekat Magrib jugak la, lepas tu aku kena sound sebab asyik tengok cerita cina ja. ala masa tu kan magrib-magrib TV2 suka tunjuk cerita cina Polis-polis la apa la TV3 pon tunjuk jugak.

ASYIK 1 : SHAOLIN POPEYE


wahaaa cerita ni kelakar gile. korang tengok tak budak gemuk dalam cerita tu heheeeee cute ajer. Sengal pulak tu bagus-bagus budak gemuk ni dah menceriakan hari-hari aku dan buatkan aku rasa tengok cerita ni adalah priority daripada buat homework ngee..

ASYIK 2 : JOURNEY TO THE WEST 1996


Journey to the West 1996. cerita ni ada banyak versi tapi tahun 1996 paling asyik sekali dowhh..memang kelakar habis la sun wukong haha..pas tu sami pon hensem suka suka ngee. aku ingat lagi kalau wukong jahat satgi guanyin datang la bagi hukuman.

p/s : boleh tengok tapi jangan dok percaya pulak ye.aku kecik-kecik pandai dah beza mana satu betul dengan tak betul acehhwah

ASYIK 3 : THE GOOD OLD DAYS 1996


Cerita the good old days ni buat aku terkesima depan TV. cerita ni tunjuk kat TV3 memang paling best la. masa tu aku darjah 4 korang bayangkan la dah tengok cerita complicated macam ni gempak gile wahahaaa.
cerita ni memang complicated dengan husband dia kena pergi perang pas tu hilang ingatan. sedih-sedih

aku ingat lagi masa last episode the good old days mak bapak aku ajak pergi perlis, tapi aku tak nak aku sanggup tinggai sorang-sorang kat rumah semata-mata nak tengok last episode. yela zaman dulu bukan macam sekarang, kalau terlepas boleh recover kat internet.

Lagu tema dia memang aku hafal lah sedap gile. walaupun aku main taram ja sebab tak tau sangat sebutan. tapi serious pandai gile aku nyanyi.

ASYIK 4 : MY FAIR PRINCESS


Alahai tomeynya cerita ni. cerita ni tanyang dalam pukul 9 or 930 kot. tak berapa nak ingat la. suka tengok the hyper Xiao Yan Zhi yang sangat comel. apa yang paling aku suka adalah pakaian diorang dalam ni. sangat menarik sampai buat aku berangan nak jadi princess kat cina jugak ngee..(putera manakah yang nak kat aku?? toingtoing!!)


Bila tengok balik cerita-cerita ni dekat you tube terimbau zaman kanak-kanak. sekarang dah besau rupanya dan TERLEBIH BESAR! wooops 
seronoknya zaman sekolah, pergi sekolah, buat home work, tengok TV. tak banyak masalah lain. kalau ada masalah pon malas nak pikir sebab tau orang lain yang akan uruskan. masalah aku masa sekolah yang paling kritikal adalah :

BEG SEKOLAH TAK NAK PUTUS!

So apa tindakkan yang patut diambil. ahaa aku yang terlalu cerdek ni amik Gunting yang guna time pendidikan seni, lalu aku gunting bagi putus. lepas tu buat muka sedih dekat mak. YEAH DAPAT BEG SWAN BARU



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...