Friday, December 31, 2010

Lotion Untuk Kulit Kering

Sapa ada masalah kulit kering macam aku?? aku tengok kulit orang lain licin cantik ja. kulit aku ni kering selalo dah macam tanah merekah kecik-kecik dah. hudoh sungguh.

So selama berzaman-zaman aku terus cuba macam-macam jenis lotion yang ada dekat Watson tuh ( hoh watson lagi ).

Mula-mula dulu aku pakai Body shop lotion tapi aku rasa tak best dan tak sesuai dengan aku. lepas tu aku beralih arah pakai NIVEA lotion pon tak sesuai jugak. salah satu faktor kenapa aku tak habiskan nivea lotion ni sebab bau dia yang kurang enak untuk aku bau. Maka berkulatlah aku peram lotion tu sebelum dicampak ke dalam tong sampah.

encik nivea anda tersingkir huh
Lepas tu aku try pulak FREEMAN bare hand yang macam kat bawah ni :

anda jugak tersingkir ancik freeman
Setelah 2 minggu aku pakai aku still rasa tak seronok sebab bare hands ni tekstur dia agak kasar lepas tu bau dia tak best sangat. tapi freeman ni aku suka jugak la kadang-kadang ikut mood.

Setelah bertahun-tahun pencarian aku jumpa lotion yang sesuai dengan jiwa dan kulit aku. saya sayang awak encik VASELINE. aku ingat lagi first time aku beli masa vaseline lotion ni tak famous lagi tak masuk iklan pon lagi. masa tu tengah promotion harga dia pon murah lagi dalam RM 6- 7 murah kan? sekarang ni harga dah melonjak ke belasan ringgit. tapi jangan risau baru-baru ni promotion tinggai RM 9 ja. 

VASELINE lotion mana jadi pilihan aku? baik masa percubaan pertama dulu aku pakai Vaseline Aloe & cucumber extracts. Aku memang jatuh cinta habis la sebab aku suka bau dia bau asli ja tak la wangi semacam menyakitkan hidung aku yang sensitive ni. lotion ni bau cucumber sangat best. yang bestnya pakai vaseline ni kulit anda tak berminyak dan melekit. So sangat selesa untuk penggunaan setiap hari.

vaseline aloe yang sangat best
Lepas Vaseline aloe aku ni habis aku teruskan dengan kesetiaan terhadap Vaseline. tapi kali ni aku beralih arah kepada Vaseline Healthy White. Aceh nak cerahkan kulit sikit ma :]

oh awak sangat best
yang ni aku pakai sekarang ni. tapi i love both. gilir-gilir la nanti kalau boring tukar yang aloe pulak kan.

untuk penjagaan tangan dan kuku pulak cubalah ini :


 Baiklah ni sedikit DAILY DRY SKIN TIPS yang aku amek dari sini.


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...