Monday, December 27, 2010

GULA-GULA YANG PERLU ADA DI DALAM KERETA ANDA

Mungkin ini satu tebiat sebab tiap-tiap kali aku drive aku mesti nak mengunyah gula-gula. Bukan apa, kadang-kadang drive sorang-sorang boleh membuatkan saraf mengantuk aku tersangatlah active. So aku kena la cari alternatif untuk mempasifkan saraf mengantuk tersebut. 

sama la kalau kita sakit kepala kita makan active fast ni kalau aku mengantuk aku akan makan gula-gula. tapi bukan sebarangan gula-gula la. di bawah merupakan gula-gula yang sesuai di letakkan di dalam kereta anda.

1. MENTOS SOUR MIX

Carta no. 1 adalah encik Mentos kerana ianya sangat sijuk bila dimakan dan sodap sekali bila cair di mulut haaaha. Tapi mentos ada banyak perisa dan packaging yer. 

APA YANG SESUAI UNTUK DILETAKKAN DIDALAM KERETA?

jawapannya ha yang begini :

sedap gile mentos sour mix.asyik!

Mentos yang dalam bekas macam ni sesuai diletakkan di dalam kereta. ala masukkan kat dalam lubang dekat depan gear korang tuh. letak la gula-gula 1 botol kalau boring-boring boleh la makan.

MENTOS SOUR MIX memang Favorite aku weii..wah masam tak terperi sungguh ayik hilang mengantuk aku drive KL-alor setar, alor setar-KL..mestos sour mix ni ada tiga perisa

  • grape 
  • green apple
  • pineapple
yang paling aku suka grape dengan green apple. selalunya kalau aku beli last-last sekali mesti tinggal pineapple. yang grape sangat asyik lah! 5 bintang untuk mestos sour mix.


kalau nak letak dalam kereta jangan la beli packaging macam kat bawah ni:



 sebab : banyangkan korang tinggal gula-gula dalam kereta dengan tak bertutup. lepas tu nanti ada la semut yang datang. ingat dalam keta tak bersemut ker? tak pon lipas kecik-kecik tu datang jilat. eee pas tu korang makan wah enak rasa air liur lipas.

Tapi mentos dalam botol tu agak mahal sikit. kalau beli dekat 7 eleven mau sebotol dalam RM4. so aku cadangkan beli sebotol lepas tu refill la. murah kan!  



hurmm ada sekali tuh aku nak try Mentos Yogurt. dah dok minum air yogurt sedap je aku pon terbekanan la nak try. aku pon beli la. try makan wuueks tak sedap. jangan beli wei perisa yogurt ni serius tak sedap!

tak sedap kan dah kena pangkah

indah khabar dari rasa huh tak sedap

2. CHEWING GUM

memang best kunyah chewing gum dalam kereta kan. ha tapi yang lecehnya nak kena bukak pembalut la lambat la. korang kan tengah drive. so beralihlah ke chewing gum dalam botol. tadaaaaa...

hoyeah boleh buat belon

bila letak dalam kereta botol-botol macam ni kereta anda akan nampak lebih kemas dan cool hahaa.. tak de la penuh sampah kan. ni bukan chewing gum men campak ja kertas pembalut dalam dash board ayoo sungguh tidak sempurna kondisi kereta anda. 

p/s : jangan ludah chewing gum dalam kereta pulak yer..

3. SKITTLES SOUR

Pergh yang ini pun seangkatan dengan mestos sour mix jugak. tapi yang ni lagi power dia punya masam. sangat mengancam lidah la. hahaa sukanya aku dengan benda alah ni

tapi tak boleh nak buat apa la, skittles sour ni tak da dalam botol ada dalam packaging macam ni aje


argh warna warni dan masam sedapnya!
Berakhir sudah top 3 carta gula-gula kegemaran ketika memandu. korang mesti ada gula-gula lain kan?

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...