Thursday, December 30, 2010

FILEM PECAH PANGGUNG 2010

2010 akan melabuhkan tirainya sebentar lagi. sepanjang tahun ni banyak filem-filem melayu dihasilkan oleh penggiat seni tempatan. tahniah yer walaupun aku hanya tengok certain movie ja tapi aku tetap solute korang sebab terus berkarya. terima kasih sebab buat aku rasa duit yang aku leburkan kat panggung wayang tu berbaloi-baloi. Baiklah di sini disenaraikan 6 buah filem yang berjaya melepasi kutipan RM 4 juta :

1. NGANGKUNG - RM 8.15 JUTA
2. ADNAN SEMPIT - RM 7.66 JUTA
3.HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH - SETAKAT INI TELAH MENGUTIP RM 6 JUTA
4. EVOLUSI KL DRIFT - RM 5.67 JUTA
5. LAGENDA BUDAK SETAN - RM 4.28 JUTA
6. JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 - RM 4.23 JUTA

Filem yang berjaya memecah rekod kutipan paling tinggi filem tempatan setakat ini adalah filem Ngangkung terbitan MIG Production Sdn. Bhd. arahan Ismail Bob Hasim dengan mengutip RM 8.15 juta.


filem yang tidak kurang hebatnya adalah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid dan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. yang setakat ini telah mengutip sebanyak RM 6 juta sejak ditayangkan pada 9 Disember lalu. seriously kelakar gile cerita hantu kak limah ni wahahaa.



Antara filem yang best lagi tahun ni adalah filem AKU TAK BODOH. Tapi malangnya kutipan kurang memberansangkan. tapi aku solute la pengarah dia sebab berjaya hasilkan filem yang realistik dengan kehidupan. seriously filem ni banyak sangat pengajaran yang boleh dihayati bersama.


budak ni kelakar pandai kau berlakon 

alahai hensemnya budak sebelah kiri ni 


semoga filem Malaysia semakin maju dan bertambah kualiti bukan kuantiti sahaja yer.
source : kosmo online

p/s : suka karya arwahyarhamah Yasmid Hamid

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...