Friday, December 31, 2010

BLOG-BLOG BEST YANG MESTI DILAWATI

Sejak-sejak habis belajar ni boleh dikatakan 70% masa aku, aku luangkan di depan Laptop merah kesayangan aku ni. Mula-mula asyik main game, sekarang ni kemaruk tengok blog-blog orang. macam-macam idea boleh dapat kalau kita rajin explore dekat internet.

Maka sepanjang tempoh ni banyak la blog yang telah masuk ke carta book mark aku ni.

CARTA TERATAS ADALAH



ikut-ikut dah lama aku follow blog cik Hanis Zalikha ni. disamping dia ni cantik aku suka baca belog dia sebab dia  ni nampak tak sombong dan friendly. Hanis Zalikha ni seorang model rupanya patot la cantik and sweet kan kan.

First time aku tau pasai belog Hanis Zalikha ni bukan melalui blogger-blogger lain pon tapi aku tengok dalam magazine. tapi aku tak ingat magazine mana. aku pon terus la buka laptop dan google. Then hasilnya Hanis Zalikha di dalam bookmark aku selama berzaman-zaman acehh..

aku boleh buat assumption bahawa Hanis Zalikha ni bukan seorang yang sombong sebab dalam kebanyakkan entry dia, dia sangat merendah diri. SAYA SUKA ITU HANIS ZALIKHA! ngee

Habis cerita pasai Hanis Zalikha kita beralih arah kepada blog-blog lain yang menjadi teman aku setiap malam. Ni antara yang aku sukalah, korang pon boleh try baca jugak syiok wo boleh tengok pasal fashion, tutorial pemakaian HIJAB/SHAWL. Tengok lah macam mana diorang dress up kot-kot la boleh dijadikan panduan nanti.




Blog cik fatin liyana ni pon best jugak, dia banyak tunjuk tutorial shawl. cik faten ni tengah study medic yer. bila baca blog cik fatin ni seronok jugak sebab dia guna bahasa yang mudah, fun dan aku pun CHILL hehe..

kalau tengok cara cik fatin ni dress up sejuk ja mata memandang, style dan sopan.
Alahai bila la aku nak reti pakai shawl ni tengok tutorial sana sini tapi tak jugak pandai-pandai huh jeles betul.

BLOG ADRIANI


Blog cik Adriani pon best jugak dowh, tengok la dia dress up cumel aje. suka-suka. suka pulak aku tengok cik Adriani pakai baju kat atas tu.

BLOG SHEA

 

Blog ni pon terbaik. bagi aku cik Syea ni sangat berani berfashion. So apa lagi carilah ilham untuk berfashionista dekat blog ni .



Aku suka tengok tutorial Maria Elena ni. kelakar habis. ha korang kalau nak tutorial pakai hijab/shawl yang best tengok la dekat blog Marian Elena ni. Hurm yuna pon ada tengok tutorial  dia tau jangan men gile

BLOG CIK EPAL

Bagi aku blog cik epal ni best sebab dia memang suka share banyak benda dengan readers. senang cerita tak kedekut la. banyak benda korang boleh dapat kat sini soo jenguk-jenguk la ke blog cik epal.

Berakhirlah sudah list blogger yang aku suka buat hari ini, ada banyak lagi tapi yang ni yang aku utamakan. Kemudian hari aku cerita pasal blog tutorial yang best pulak.

p/s : saya tumpang letak gambar ye dekat blog ni. jangan marah erk



Lotion Untuk Kulit Kering

Sapa ada masalah kulit kering macam aku?? aku tengok kulit orang lain licin cantik ja. kulit aku ni kering selalo dah macam tanah merekah kecik-kecik dah. hudoh sungguh.

So selama berzaman-zaman aku terus cuba macam-macam jenis lotion yang ada dekat Watson tuh ( hoh watson lagi ).

Mula-mula dulu aku pakai Body shop lotion tapi aku rasa tak best dan tak sesuai dengan aku. lepas tu aku beralih arah pakai NIVEA lotion pon tak sesuai jugak. salah satu faktor kenapa aku tak habiskan nivea lotion ni sebab bau dia yang kurang enak untuk aku bau. Maka berkulatlah aku peram lotion tu sebelum dicampak ke dalam tong sampah.

encik nivea anda tersingkir huh
Lepas tu aku try pulak FREEMAN bare hand yang macam kat bawah ni :

anda jugak tersingkir ancik freeman
Setelah 2 minggu aku pakai aku still rasa tak seronok sebab bare hands ni tekstur dia agak kasar lepas tu bau dia tak best sangat. tapi freeman ni aku suka jugak la kadang-kadang ikut mood.

Setelah bertahun-tahun pencarian aku jumpa lotion yang sesuai dengan jiwa dan kulit aku. saya sayang awak encik VASELINE. aku ingat lagi first time aku beli masa vaseline lotion ni tak famous lagi tak masuk iklan pon lagi. masa tu tengah promotion harga dia pon murah lagi dalam RM 6- 7 murah kan? sekarang ni harga dah melonjak ke belasan ringgit. tapi jangan risau baru-baru ni promotion tinggai RM 9 ja. 

VASELINE lotion mana jadi pilihan aku? baik masa percubaan pertama dulu aku pakai Vaseline Aloe & cucumber extracts. Aku memang jatuh cinta habis la sebab aku suka bau dia bau asli ja tak la wangi semacam menyakitkan hidung aku yang sensitive ni. lotion ni bau cucumber sangat best. yang bestnya pakai vaseline ni kulit anda tak berminyak dan melekit. So sangat selesa untuk penggunaan setiap hari.

vaseline aloe yang sangat best
Lepas Vaseline aloe aku ni habis aku teruskan dengan kesetiaan terhadap Vaseline. tapi kali ni aku beralih arah kepada Vaseline Healthy White. Aceh nak cerahkan kulit sikit ma :]

oh awak sangat best
yang ni aku pakai sekarang ni. tapi i love both. gilir-gilir la nanti kalau boring tukar yang aloe pulak kan.

untuk penjagaan tangan dan kuku pulak cubalah ini :


 Baiklah ni sedikit DAILY DRY SKIN TIPS yang aku amek dari sini.


Thursday, December 30, 2010

FILEM PECAH PANGGUNG 2010

2010 akan melabuhkan tirainya sebentar lagi. sepanjang tahun ni banyak filem-filem melayu dihasilkan oleh penggiat seni tempatan. tahniah yer walaupun aku hanya tengok certain movie ja tapi aku tetap solute korang sebab terus berkarya. terima kasih sebab buat aku rasa duit yang aku leburkan kat panggung wayang tu berbaloi-baloi. Baiklah di sini disenaraikan 6 buah filem yang berjaya melepasi kutipan RM 4 juta :

1. NGANGKUNG - RM 8.15 JUTA
2. ADNAN SEMPIT - RM 7.66 JUTA
3.HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH - SETAKAT INI TELAH MENGUTIP RM 6 JUTA
4. EVOLUSI KL DRIFT - RM 5.67 JUTA
5. LAGENDA BUDAK SETAN - RM 4.28 JUTA
6. JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 - RM 4.23 JUTA

Filem yang berjaya memecah rekod kutipan paling tinggi filem tempatan setakat ini adalah filem Ngangkung terbitan MIG Production Sdn. Bhd. arahan Ismail Bob Hasim dengan mengutip RM 8.15 juta.


filem yang tidak kurang hebatnya adalah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid dan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. yang setakat ini telah mengutip sebanyak RM 6 juta sejak ditayangkan pada 9 Disember lalu. seriously kelakar gile cerita hantu kak limah ni wahahaa.



Antara filem yang best lagi tahun ni adalah filem AKU TAK BODOH. Tapi malangnya kutipan kurang memberansangkan. tapi aku solute la pengarah dia sebab berjaya hasilkan filem yang realistik dengan kehidupan. seriously filem ni banyak sangat pengajaran yang boleh dihayati bersama.


budak ni kelakar pandai kau berlakon 

alahai hensemnya budak sebelah kiri ni 


semoga filem Malaysia semakin maju dan bertambah kualiti bukan kuantiti sahaja yer.
source : kosmo online

p/s : suka karya arwahyarhamah Yasmid Hamid

What's The Best Way to Remove Underarm Hair?

Alahai cover-cover sungguh tajuk kat atas tu. Penat aku pikir tau nak letak tajuk bahasa melayu ka english ahaks..
Tak payah la cover macam la korang tak ada bulu ketiak kan 

So apa product yang korang guna untuk remove bulu ketiak? ( ha kan dah straight to the point)

Kaedah yang paling famous adalah dengan menggunakan PISAU CUKUR. Tapi perasan tak bila dah cukur dengan pisau cukur kulit kadang-kadang akan luka, a few days later bulu ketiak akan tumbuh balik tajam-tajam hahaaaa.

So aku pon meninggalkan tradisi nenek moyang. hurm korang rajin ke nak cabut pakai tangan. wah tak kuasa aku dok dalam toilet berJam-jam.

So guys, kat sini aku nak recommend satu product yang aku guna.

1. VEET CREAM



I've been using veet cream for about a years and it works great! you only need to leave it for 3 minutes, or maximum 6 minutes. simple kan!!

Kalau korang nak cuba yang jenis cream ni ada 3 jenis 
  1. Dry skin ( hijau )
  2. Normal skin ( pink )
  3. sensitive skin ( biru )
Kulit aku ni jenis yang sensitive so aku prefer yang warna biru.
Kat mana nak cari Veet cream ni? carilah di Watson yang berdekatan. sekarang ni watson tengah buat promotion untuk pemilik watson card.
p/s : watson tak pernah bayar aku pon untuk advertise aku yang bagi dia free promotion haha

2. VEET WAX STRIPS
thanks pemilik gambar ehee

Wax ni aku pernah guna. tapi aku tak suka. melekit-lekit. lepas tu sakit ketiak dok strips ahaks. so aku serik tak nak guna dah. tapi kalau korang nak try boleh aje sebab kalau wax your underarm hair lambat la tumbuh balik sebab dicabut hingga ke akar umbi :]

3. VEET SPRAY


VEET SPRAY ni aku akan cuba kemudian sebab aku tengok macam best je. konsep dia sama macam cream tapi kalau cream kita kena sapu sendiri kan, ni spray ja lagi la sonang. tapi mahal sikit la. biasa la dah dia memudahkan kerja kita mesti la lagi mahal. YE TAK?


Kenapa tak sesuai guna pisau cukur?, bukan apa disamping boleh luka kita boleh lihat dengan jelas bahawa kalau cukur lepas beberapa hari akan tumbuh la bulu ketiak yang tajam kan haha ( rujuk gambar 1 )

Gambar 2 : kenapa menggunakan cream lebih baik? sebab hasilnya lebih smooth :]

Gambar 3 : kalau untuk kesakitan dan ketahanan berganda pakailah wax. berbaloi-baloi dengan kesakitan yang anda tanggung hohoo

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web VEET klik di sini

Baiklah setakat tu saja bahagian promosi untuk kali ini. selamat mencoba and chill


MY FAVORITE CHINESE DRAMA

Masa zaman kanak-kanak dulu aku ada beberapa favorite TV show and drama. tapi selalunya cerita yang akan buat aku tercongok depan TV tanpa kedip mata adalah cerita Cina.

Ada satu hari tu bapak aku balik dari kerja dekat Magrib jugak la, lepas tu aku kena sound sebab asyik tengok cerita cina ja. ala masa tu kan magrib-magrib TV2 suka tunjuk cerita cina Polis-polis la apa la TV3 pon tunjuk jugak.

ASYIK 1 : SHAOLIN POPEYE


wahaaa cerita ni kelakar gile. korang tengok tak budak gemuk dalam cerita tu heheeeee cute ajer. Sengal pulak tu bagus-bagus budak gemuk ni dah menceriakan hari-hari aku dan buatkan aku rasa tengok cerita ni adalah priority daripada buat homework ngee..

ASYIK 2 : JOURNEY TO THE WEST 1996


Journey to the West 1996. cerita ni ada banyak versi tapi tahun 1996 paling asyik sekali dowhh..memang kelakar habis la sun wukong haha..pas tu sami pon hensem suka suka ngee. aku ingat lagi kalau wukong jahat satgi guanyin datang la bagi hukuman.

p/s : boleh tengok tapi jangan dok percaya pulak ye.aku kecik-kecik pandai dah beza mana satu betul dengan tak betul acehhwah

ASYIK 3 : THE GOOD OLD DAYS 1996


Cerita the good old days ni buat aku terkesima depan TV. cerita ni tunjuk kat TV3 memang paling best la. masa tu aku darjah 4 korang bayangkan la dah tengok cerita complicated macam ni gempak gile wahahaaa.
cerita ni memang complicated dengan husband dia kena pergi perang pas tu hilang ingatan. sedih-sedih

aku ingat lagi masa last episode the good old days mak bapak aku ajak pergi perlis, tapi aku tak nak aku sanggup tinggai sorang-sorang kat rumah semata-mata nak tengok last episode. yela zaman dulu bukan macam sekarang, kalau terlepas boleh recover kat internet.

Lagu tema dia memang aku hafal lah sedap gile. walaupun aku main taram ja sebab tak tau sangat sebutan. tapi serious pandai gile aku nyanyi.

ASYIK 4 : MY FAIR PRINCESS


Alahai tomeynya cerita ni. cerita ni tanyang dalam pukul 9 or 930 kot. tak berapa nak ingat la. suka tengok the hyper Xiao Yan Zhi yang sangat comel. apa yang paling aku suka adalah pakaian diorang dalam ni. sangat menarik sampai buat aku berangan nak jadi princess kat cina jugak ngee..(putera manakah yang nak kat aku?? toingtoing!!)


Bila tengok balik cerita-cerita ni dekat you tube terimbau zaman kanak-kanak. sekarang dah besau rupanya dan TERLEBIH BESAR! wooops 
seronoknya zaman sekolah, pergi sekolah, buat home work, tengok TV. tak banyak masalah lain. kalau ada masalah pon malas nak pikir sebab tau orang lain yang akan uruskan. masalah aku masa sekolah yang paling kritikal adalah :

BEG SEKOLAH TAK NAK PUTUS!

So apa tindakkan yang patut diambil. ahaa aku yang terlalu cerdek ni amik Gunting yang guna time pendidikan seni, lalu aku gunting bagi putus. lepas tu buat muka sedih dekat mak. YEAH DAPAT BEG SWAN BARU



Wednesday, December 29, 2010

RUMAH IDAMAN

teratak kedekut tanah

Waaaaa sapa nak join aku main pondok-pondok kat sini wwoohoo
Ni kalau sapa berat-berat tak boleh naik ni. aku boleh naik ke? uhuu buleh-buleh ape de hal

Kecintaan Jam Tangan

Kalaulah aku kawen dengan anak raja, maka aku KAYA, duit banyak. Bila duit banyak antara benda yang aku akan borong habis habisan adalah jam tangan ngeee..

KECINTAAN JAM TANGAN, sama jugak macam kecintaan aku dekat hand beg.  tapi jam tangan tak boleh main borong ja macam beli hand beg kena himpun duit la pulak huaaa tak suka ! Bila la anak raja ni nak meminang aku huh

Ok aku memang sangat menggila kalau bab-bab memilih jam tangan. Dan aku ada citarasa berbeza tentang jam tangan. Aku tak macam perempuan lain yang sesetengahnya suka pakai jam tangan yang ala-ala ladies habis.
macam mana yang dikatakan ladies habis?

haha ciri-ciri jam tersebut adalah :

  • Jam sebesar kuman ( kicik ja )
  • Tali halus
  • Lepas tu nak ada rongga-rongga ala-ala ukiran tuh
boooOOo tak suka

ahaks seriously that's not my type hohoo. 

Maka jam dari kasta manakah yang menjadi pilihan hati aku? aloohaaaa 

BENTUK :

Aku suka jam yang berbentuk petak. semua jam yang aku ada semua petak haha..tapi ini tak bermakna aku menolok 100% jam berbentuk bulat. ada antaranya aku suka jugak. akan dipaparkan selepas ini

MATERIAL :

Aku sangat mementingkan material jam aku. aku tak suka yang plastik aku suka yang besi punya tu ( bukan besi buruk tu la sengg!! )

aku jugak suka jam yang material lather. tapi kena jaga-jaga la kalau berpeluh boleh tahan jam tu busuk. so semburlah fabrezz haha

Sekarang dipaparkan antara jam-jam yang aku tergila-gila. Bila cari dekat kedai semua kata out of stock la apa la. maklumlah nak beli jam amek masa lama kan nak kumpul duit sebab aku tak kaya nak keluar duit pakai card creadit ( woops kaya ke pakai kad creadit? mesken kot ehe).

IDOLA 1 :
RADO
IDOLA 2:
FOSSIL

IDOLA 3 :
FOSSIL
IDOLA 4 :
RADO
IDOLA 5 :
IDOLA 7 :
IDOLA 8 :

FOR HIM :


p/s : jam-jam ni kalau bakal husband aku nak bagi as hantaran pon tak de hal la. aku terima dengan sengihan sampai telinga ngee

WANTED : SEBAGAI PENUTUP 2010

DIKEHENDAKI SEGERA :

Ni beg MNG yang aku pernah ushar dekat kedai. Tapi masa tu tak berduit. Baru-baru ni aku pergi MNG aku tak jumpa dah beg ni. huaaaa nak nagis rasanya. Aku dah la jenis manusia yang suka termimpi-mimpi terkenangkan beg yang berada di kedai menunggu aku untuk mengambilnya datang ke pangkuan aku. 

wahai encik beg awak jangan sedih kalau ada jodoh kita tetap ketemu. SABAR YA.


Regards,

Tuesday, December 28, 2010

KOLEKSI ILLUSI TERBAIK

Click click click encik google. Maka hasil yang aku dapat ternyata berbaloi-baloi. aku bagi creadit dekat google sebab setiap kali aku terdetik nak cari apa-apa gambaq aku akan type terus dekat google image hahaaaa..

terima kasih kepada mereka yang menghasilkan gambar ini buat tontonan masyarakat dunia. memang tujuannya untuk dipertonton right? 

Tahniah illusi-illusi ini cukup membuat aku kata FUYOO, WOOOO, GILE AH!! 

Kreative la korang, kenapa aku tak kreatif macam ni sobsob. ( JAWAPAN: sebab Allah tak nak aku riak ngee)

ILLUSI TERBAIK 1 :


muaah i kiss dagu you nanti boleh buat minyak dagu ( wooh horror aihh)

ILLUSI TERBAIK 2 :


dengan kuasa tangan akan menghukummu! 


ILLUSI TERBAIK 3 :


sapa-sapa nak runtuhkan bangunan carilah saya. sms on RUNTUH dan hantar ke 28882


ILLUSI TERBAIK 4 :


uhukk saya domam saya nak makan obat cap bulan


ILLUSI TERBAIK 5 :


waaaa u make me feel hott


ILLUSI TERBAIK 6:


dendeng dan mereka 


ILLUSI TERBAIK 7 :


grrr cantiknya bebanyang ituu :]


ILLUSI TERBAIK 8 :
hurmm sapa nak cup yang ada misai tu?


ILLUSI TERBAIK 9 :


saya adalah pembuli raksaksa lalalalaaa

ILLUSI TERBAIK 4 :
i'm beautiful..hooyeah


p/s : thanks encik google awak memang hensem

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...